Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Sembilan maut dalam kejadian tanah runtuh di Sabah
  • KEMALANGAN

Sembilan maut dalam kejadian tanah runtuh di Sabah

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEMBILAN individu maut dalam dua kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu dan Papar pagi ini, susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

KOTA KINABALU: Sembilan individu maut dalam dua kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu dan Papar pagi ini, susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda mengesahkan tujuh mangsa termasuk empat kanak-kanak ditemukan meninggal dunia selepas tertimbus dalam tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, Kolombong, Inanam kira-kira 9.15 pagi.

Beliau berkata mangsa kanak-kanak terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara dua hingga sembilan tahun, manakala tiga lagi mangsa melibatkan dua wanita dan seorang lelaki berumur 25 hingga 50 tahun.

“Sebanyak 11 orang terlibat dalam kejadian itu dan empat lagi berjaya menyelamatkan diri dengan seorang daripadanya patah kaki,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Mohd Pisar Aziz ketika dihubungi memberitahu pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 10.02 pagi dan tiba ke lokasi pada 10.24 pagi yang terletak kira-kira tiga kilometer dari BBP Lintas.

“Sebanyak 24 anggota dari BPP Lintas dan BBP Tuaran berada di lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Di PAPAR, dua mangsa ditemukan maut selepas tanah runtuh menghempap rumah mereka di Kampung Mook pagi tadi.

Mohd Pisar berkata mangsa terdiri daripada wanita berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

“Kedua-dua mangsa dijumpai serta berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat selepas hampir empat jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima laporan kejadian pada 10.02 pagi dan sepasukan anggota BBP Papar digegaskan ke lokasi kira-kira 35 kilometer dari BBP Papar. Operasi ditamatkan pada 2.25 petang.

Dalam kejadian lain di Kampung Marahang Tuntul, Papar, tiga individu tertimbus akibat tanah runtuh pagi ini.

Mohd Pisar berkata dua mangsa yang tertimbus telah ditemukan dan kerja-kerja membawa keluar mangsa sedang dijalankan, manakala seorang lagi masih belum dijumpai.

Pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.20 pagi dan 16 anggota BBP Papar bergegas ke lokasi terletak sejauh 13 kilometer dari BBP Papar.

Papar terletak kira-kira 40 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu.

-BERNAMA

Monday , 15 September 2025

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Empat lagi ditemukan maut dalam tanah runtuh di Kampung Cenderakasih
Next: Tanah runtuh: Jeritan mangsa tidak jelas kerana hujan lebat – Ahli keluarga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.