Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sembilan maut, 16 cedera dalam kemalangan bas di Tengah Vietnam
  • GLOBAL

Sembilan maut, 16 cedera dalam kemalangan bas di Tengah Vietnam

Utusan Sarawak 1 day ago

HA TINH (Vietnam): Sembilan orang maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di wilayah tengah Ha Tinh, Vietnam awal pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Kemalangan itu berlaku kira-kira 2 pagi di National Highway 1A, di kawasan perumahan Dong Trinh, dalam kawasan pentadbiran Song Tri.

Bas persiaran jenis “sleeper” itu dalam perjalanan dari Hanoi ke Da Nang apabila hilang kawalan sebelum melanggar penanda jalan dan terbalik.

Bas berkenaan membawa kira-kira 28 penumpang. Seorang daripada mangsa cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal dan telah dipindahkan ke hospital besar wilayah, manakala selebihnya sedang menerima rawatan di hospital tempatan.

Pihak berkuasa berkaitan segera tiba di lokasi untuk membantu mangsa dan menjalankan siasatan berhubung punca kemalangan.– Bernama-VNA

Continue Reading

Previous: Pertempuran sempadan Thailand-Kemboja: 14 maut, 100,000 penduduk dipindahkan
Next: Empat cedera, puluhan rumah rosak akibat gempa bumi di Sulawesi Tengah, Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.