Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sembilan lelaki ditahan dalam operasi penguatkuasaan dadah di Bau
  • JENAYAH

Sembilan lelaki ditahan dalam operasi penguatkuasaan dadah di Bau

Utusan Sarawak 22 hours ago
SEBAHAGIAN daripada lelaki yang ditahan berkaitan dadah.

BAU: Polis menahan sembilan lelaki dalam satu operasi khas pemeriksaan dan waran yang dijalankan di sekitar kawasan Bau semalam, kata Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman.

Beliau berkata operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau bersama anggota polis dari beberapa bahagian lain antara 11.00 pagi hingga 1.45 tengah hari itu memberi tumpuan kepada pengesanan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Dalam operasi tersebut, pasukan kami menahan sembilan lelaki yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” katanya.

Menurut Haide, pemeriksaan terhadap salah seorang suspek membawa kepada penemuan satu paket plastik lutsinar bersaiz sederhana berisi bahan kristal dipercayai syabu seberat 1.70 gram.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Beliau berkata saringan awal air kencing ke atas kesemua suspek turut didapati positif dadah, dan mereka kemudian ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Supt Mohd Haide menegaskan bahawa pihak polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti berkaitan dadah.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada talian hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211,” katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa polis sedang mengisytiharkan ‘perang’ terhadap dadah.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: JPJ keluarkan 51 notis dalam Operasi Gempur di Betong
Next: Curi kayu belian untuk beli bekalan dadah 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.