Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sembilan kelab permotoran sertai Kembara 169 sempena Hari Malaysia
  • TEMPATAN

Sembilan kelab permotoran sertai Kembara 169 sempena Hari Malaysia

Utusan Sarawak 3 days ago
KEMBARA… Datuk Abdullah Saidol dan Datuk Rosey Yunus merakamkan gambar kenangan bersama peserta pada Program Kembara 169 di Tebingan Sungai Bekenu hari ini. Foto Adum Liu

BEKENU: Sebanyak sembilan kelab permotoran sertai Kembara 169 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) simbolik sempena Hari Malaysia 16 September 2025.

Kembara 169 bermula dari Pekan Bekenu dan tamat di Permy Mall, Miri yang mengambil masa hampir sejam perjalanan melalui Jalan Pesisiran Pantai Bekenu Miri.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, beliau berharap lebih ramai pihak akan menyertai program seumpamanya pada masa akan datang, terutamanya apabila projek Lebuh Raya Pan Borneo siap sepenuhnya.

“Apabila  Lebuh Raya Pan Borneo siap kelak, saya percaya lebih ramai rakan akan menyertai kembara seperti ini.

“Menerusi perjalanan dari Miri ke Kuching nanti, mereka bukan sahaja dapat menikmati keindahan pemandangan, malah memperoleh satu pengalaman yang baharu,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak, di sini hari ini.

KEMBARA… Sebanyak sembilan kelab permotoran sertai Kembara 169 di Waterfront Bekenu hari ini. Foto Adum Liu

Masjlis pelepasan Kembara 169 telah dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu di Tebingan Sungai Bekenu pagi tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat, Pegawai Daerah, Subis Norlila Ulis.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Revolusi Minda: Belia diperkasa hadapi dunia penuh cabaran
Next: Mangsa hilang dikhuatiri dibaham buaya belum ditemui, operasi SAR masuk hari ketujuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.