KUCHING: Sebanyak sembilan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori tidak sihat setakat 4.00 petang ini, dengan IPD Serian kekal mencatat bacaan tertinggi iaitu 192.
Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Kuching mencatat bacaan 181, diikuti Lundu (180), Tebedu (175), Samarahan (173), Lubok Antu (167), Sri Aman (156), Bintulu (145) dan Mukah (134), kesemuanya dalam kategori tidak sihat.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Sementara itu, Lawas dan Samalaju masing-masing mencatat bacaan 92, diikuti Miri (89), Sibu (88), ILP Miri (87), Sarikei (83), Kapit (80), Limbang (72) dan Bario (54), kesemuanya pada tahap sederhana.





