Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sembilan jambatan utama Sarawak siap dalam tahun ini
  • TEMPATAN

Sembilan jambatan utama Sarawak siap dalam tahun ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa merasmikan Program Jangkauan ‘Kamek Prihatin Kitak Penting’ di Dewan Masyarakat Spaoh, hari ini. Foto Dr Richard Rapu

SPAOH: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda pembangunan infrastruktur dan modal insan apabila sebanyak sembilan projek jambatan utama di seluruh negeri dijangka siap sepenuhnya dalam tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata projek berkenaan merangkumi Jambatan Batang Lupar 1, Jambatan Batang Igan, Jambatan Batang Krian, Jambatan Sungai Limbang, Jambatan Batang Lupar 2, Jambatan Batang Paloh, Jambatan Batang Saribas 2, Jambatan Sungai Sejingkat dan Jambatan Batang Rambungan.

Uggah sebelum ini mengumumkan Jambatan Batang Igan akan dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac nanti menjelang sambutan Hari Raya.

Menurut beliau, kesemua projek tersebut merupakan antara komponen penting dalam pelan pembangunan rangkaian jalan pesisir dan luar bandar yang bertujuan meningkatkan kesalinghubungan antara kawasan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.

“Apabila siap kelak, jambatan-jambatan ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat dari segi jaringan perhubungan, kemudahan logistik serta membuka lebih banyak peluang ekonomi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jangkauan ‘Kamek Prihatin Kitak Penting’ anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti bersama rakan strategik bagi Zon Betong 2026 di Dewan Masyarakat Spaoh, hari ini.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa merasmikan Program Jangkauan ‘Kamek Prihatin Kitak Penting’ di Dewan Masyarakat Spaoh, hari ini. Foto Dr Richard Rapu

Dalam pada itu, Uggah menegaskan telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) agar memantau pelaksanaan semua projek berkenaan secara rapi bagi memastikan sebarang isu dapat ditangani segera dan kerja pembinaan berjalan mengikut jadual ditetapkan.

Beliau berkata kejayaan menyiapkan lapan jambatan pada tahun lalu menjadi penanda aras kepada kerajaan negeri untuk memastikan projek tahun ini dilaksanakan dengan lebih cekap dan tersusun.

Dalam majlis sama, beliau turut mengumumkan kelulusan pembinaan sebuah Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) baharu di Betong bagi memperluas akses latihan kemahiran kepada belia dan penduduk setempat.

Menurutnya, tapak projek telah dikenal pasti dan perancangan awal sedang dilaksanakan bagi memastikan kerja pembinaan dapat dimulakan dalam tahun ini.

“Kerajaan Sarawak sentiasa menitikberatkan pembangunan modal insan sebagai teras utama kemajuan negeri. Dengan ada CENTEXS di Betong, kita dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang berdaya saing serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan,” katanya lagi.

Tambah beliau, penubuhan pusat latihan teknikal itu dijangka memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat melalui akses lebih dekat kepada latihan berasaskan kemahiran selari dengan keperluan industri semasa.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam, Ahli Parlimen Betong Dato Dr Richard Rapu serta ketua-ketua jabatan dan tetamu jemputan lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tahun Kuda tahun yang baik namun mencabar – Lo Khere Chiang
Next: Program Jangkauan KPWK perkukuh hubungan kerajaan-rakyat di Zon Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.