Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sematan bakal miliki Pusat Matrikulasi, siap 24 bulan
  • PENDIDIKAN

Sematan bakal miliki Pusat Matrikulasi, siap 24 bulan

Utusan Sarawak 2 hours ago
ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pemenang Raja Kuala Sematan pada Majlis Penangguhan Pesta Sematan 2025, hari ini. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

SEMATAN: Sematan bakal mencatat satu lagi sejarah baharu apabila Pusat Matrikulasi dijangka dibina di kawasan tersebut dan dijadualkan siap dalam tempoh 24 bulan dari sekarang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan projek berkenaan kini berada dalam peringkat akhir perancangan dan dijangka akan dilaksanakan proses perolehan secara tender pada Disember 2025.

“Ini satu usaha berterusan untuk memastikan pembangunan pendidikan luar bandar diperkasa, selari dengan hasrat kerajaan Sarawak untuk memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar luar bandar,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan Pesta Sematan 2025, hari ini.

Penubuhan pusat ini dijangka memberi manfaat besar kepada pelajar dari kawasan selatan dan pedalaman Sarawak yang sebelum ini terpaksa melanjutkan pengajian pra-universiti jauh dari kediaman mereka.

Azizul menambah, kehadiran pusat Matrikulasi di Sematan bukan sahaja akan memberi kemudahan kepada pelajar malah akan merancakkan ekonomi setempat menerusi peluang pekerjaan dan aktiviti sokongan lain seperti penyediaan penginapan, makanan dan pengangkutan.

Pada majlis petang tadi, beliau turut menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pertandingan bot laju, tarik tali dan futsal.

-Jabatan Penerangan Sarawak

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 157 pelajar IPT DUN Opar terima RM500 insentif pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.