Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Semarakkan keceriaan perayaan, Tan Kai dekatkan MPP dengan rakyat
  • Selatan
  • WILAYAH

Semarakkan keceriaan perayaan, Tan Kai dekatkan MPP dengan rakyat

Utusan Sarawak 7 hours ago
TAN Kai bersama Cr Dr Jackie Sim

KUCHING: Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai, turun padang menyantuni peniaga dan orang awam sambil mengagihkan hiasan perayaan bagi menyemarakkan suasana perayaan serta mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

Lawatan mesra itu, yang menyaksikan beliau berinteraksi secara santai dengan penduduk dan peniaga, merupakan tradisi tahunan yang dilakukannya setiap kali menjelang musim perayaan.

Bercakap kepada Utusan Sarawak, Tan Kai berkata inisiatif tersebut bukan sekadar simbolik, sebaliknya memberi ruang penting untuk beliau mendekati rakyat serta mendengar sendiri pandangan dan permasalahan yang dihadapi.

“Ini adalah sesuatu yang saya lakukan setiap tahun untuk lebih dekat dengan rakyat. Ia membolehkan saya berinteraksi dalam suasana santai dan memahami keperluan serta kehendak mereka dengan lebih baik,” katanya.

Menurut beliau, antara isu yang dibangkitkan penduduk termasuk berkaitan infrastruktur seperti jalan raya, sistem perparitan dan kemudahan awam lain.

Bagaimanapun, jelasnya, sebahagian isu tersebut berada di bawah bidang kuasa agensi kerajaan lain dan memerlukan masa untuk diselesaikan.

“Saya memaklumkan kepada mereka bahawa kesabaran diperlukan, terutamanya bagi isu yang melibatkan agensi lain. Namun, pihak MPP akan memastikan semua aduan disalurkan kepada pihak berkuasa berkaitan,” katanya sambil menegaskan komitmen majlis itu dalam melaksanakan tanggungjawab mengikut skop bidang kuasanya.

Tan Kai turut menegaskan bahawa penglibatan MPP bersama rakyat tidak terhad kepada musim perayaan sahaja.

Menurutnya, ahli majlis MPP sentiasa aktif sepanjang tahun melalui pelbagai jawatankuasa kecil yang memberi tumpuan kepada aspek khusus seperti pasar, jalan raya, lampu jalan, sistem perparitan serta hal ehwal perbandaran lain.

“Kami bukan hanya turun padang ketika musim perayaan. Ahli majlis sentiasa berjumpa rakyat melalui jawatankuasa kecil bagi menangani pelbagai isu yang memberi kesan kepada komuniti,” katanya.

Menyentuh mengenai hiasan perayaan, beliau berkata kakitangan MPP mengambil inisiatif menghias kawasan awam setiap tahun sebagai usaha mewujudkan suasana ceria dan inklusif sempena perayaan utama.

“Mereka bukan hanya menghias semasa Tahun Baharu Cina, malah turut melakukannya sempena Hari Raya, Gawai dan Krismas,” katanya.

Tambahnya, usaha tersebut mencerminkan komitmen MPP dalam memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“Kami amat menitikberatkan perpaduan dalam komuniti kerana ia adalah tunjang keharmonian di Sarawak, dan kami mahu menzahirkan nilai itu melalui tindakan serta sambutan perayaan,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Tiga kanak-kanak disahkan meninggal dunia dipercayai terjatuh ke dalam kolam kumbahan
Next: Hujan lebat berterusan, jalan utama ke Limbang dinaiki air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.