Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Semarak nilai murni melalui Program Ihya’ Ramadan
  • TEMPATAN

Semarak nilai murni melalui Program Ihya’ Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago
PESERTA bergotong-royong menyediakan bubur lambuk dan cucur sayur secara gotong-royong semasa Program Ihya’ Ramadan anjuran MAF Borneo, hari ini. Foto FB Malaysian Aids Foundation

KUCHING: Program Ihya’ Ramadan anjuran Yayasan AIDS Malaysia (MAF) Borneo berlangsung dengan lancar, diiringi dengan semangat kebersamaan di Teratak Kasih Tok Nan, Jalan Crookshank di sini, hari ini.

Program tersebut, dianjurkan oleh Penaung MAF Borneo, Datuk Amar Jamilah Anu, turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada para benefisiari serta sukarelawan sebagai tanda penghargaan atas keprihatinan mereka.

Majlis itu kemudian dimeriahkan lagi dengan aktiviti tadarus Al-Quran serta gotong-royong menyediakan bubur lambuk dan cucur sayur, yang kemudian diagihkan kepada pesakit dan petugas di Hospital Umum Sarawak (HUS), klinik kesihatan terpilih serta benefisiari komuniti.

Selain itu, program tersebut bukan sahaja bertujuan menghidupkan nilai-nilai murni semasa Ramadan, tetapi juga mengukuhkan jalinan ukhuwah antara yayasan dan komuniti, sekali gus mencerminkan komitmen terhadap kebajikan masyarakat.

Turut hadir pada majlis ialah Pengarah Eksekutif MAF dan Majlis AIDS Malaysia (MAC) Jasmin Jalil, Pengerusi TKTN – MAF Cawangan Sarawak Dr. Ruziana Miss, Ketua Operasi MAF Mohd Razif Zainuddin, Ketua Program MAF dan MAC Yusralhakim serta sekretariat kedua-dua yayasan tersebut.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PPDK Mambong lancar tabung pembangunan, alukan usaha sama bina pusat baharu
Next: Pakaian raya baharu untuk 50 kanak-kanak asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.