Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Semangat toleransi, hormat-menghormati kekuatan utama rakyat Sarawak
  • TEMPATAN

Semangat toleransi, hormat-menghormati kekuatan utama rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
ADUN Krian, Friday Belik merasmikan Malam Krismas sempena Sambutan Kiraan Detik Tahun Baharu 2026 di Dataran Utama Sri Kalaka Saratok, malam tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian agama serta kaum terus menjadi asas kekuatan Sarawak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik.

Beliau berkata, sambutan Hari Krismas wajar dihayati bukan sahaja oleh penganut Kristian, malah seluruh masyarakat sebagai peringatan kepada nilai sejagat yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang.

“Krismas mengajar kita erti cinta, kedamaian, kesyukuran, toleransi serta sikap saling menghormati sesama insan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Malam Krismas sempena Sambutan Kiraan Detik Tahun Baharu 2026 di Dataran Utama Sri Kalaka Saratok, malam tadi.

ADUN Krian, Friday Belik merasmikan Malam Krismas sempena Sambutan Kiraan Detik Tahun Baharu 2026 di Dataran Utama Sri Kalaka Saratok, malam tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran gabungan tujuh gereja di Saratok iaitu Gereja Saint Peter Saratok, Gereja Iban Methodist Sungai Rian Kabo, Gereja BEM Bandar Saratok, BEM Roban, NGC Saratok, Gereja Baptist Saratok dan Gereja Zhuo En Methodist Saratok.

Kehadiran pelbagai gereja serta masyarakat setempat, katanya, membuktikan semangat kebersamaan dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat tanpa mengira kepercayaan.

Mengulas lanjut, Friday menjelaskan nilai-nilai murni tersebut merupakan intipati sebenar kepada keharmonian Sarawak yang dihuni masyarakat berbilang kaum dengan adat resam dan amalan keagamaan yang berbeza, namun mampu hidup bersama dalam suasana aman dan harmoni.

Beliau menegaskan, semangat muhibah dan saling memahami ini perlu terus dipelihara serta dipertahankan oleh semua pihak demi memastikan kestabilan sosial dan kemajuan berterusan negeri.

Friday turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program berkenaan sambil mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dana UNIFOR dinaikkan RM120 juta pada 2026, perkukuh pembangunan rumah ibadat, sekolah mubaligh
Next: ADUN Kota Sentosa hargai peranan media, gesa laporan bertanggungjawab dan konstruktif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.