Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Semangat perpaduan terus diperkukuh
  • Utara
  • WILAYAH

Semangat perpaduan terus diperkukuh

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Iskandar Turkee bersama tetamu merakam kenangan pada majlis berbuka puasa.

BINTULU: Semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk terus diperkukuh menerusi majlis Iftar Ramadan anjuran Persatuan Kebajikan Tiong Hua Islam (PERKTHIS) Bintulu di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, majlis seumpama itu bukan sekadar ruang untuk berbuka puasa bersama, tetapi juga simbol kebersamaan yang mengukuhkan hubungan antara komuniti pelbagai latar belakang.

Justeru, beliau menyifatkan inisiatif PERKTHIS itu sebagai satu usaha yang selari dengan nilai kebersamaan dalam masyarakat.

“Majlis seperti ini bukan sahaja memberi peluang untuk kita berbuka puasa bersama tetapi juga memperkukuh silaturahim dan nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

UCAPAN… Iskandar Turkee berucap pada Majlis Iftar Ramadan anjuran PERKTHIS Bintulu malam tadi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PERKTHIS atas komitmen mereka dalam memperjuang kebajikan komuniti serta menganjurkan pelbagai program yang menyatukan masyarakat.

“Sokongan yang diberikan dalam aspek kebajikan, pendidikan serta program kemasyarakatan sangat penting untuk memastikan kesejahteraan ahli dan masyarakat secara keseluruhannya,” tambahnya.

Menurut Iskandar lagi, kepelbagaian budaya dan agama di Sarawak adalah aset berharga yang perlu terus dipupuk demi membangun negeri yang lebih harmoni.

“Di Sarawak, kita hidup dalam masyarakat majmuk yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan agama.

“Semangat perpaduan ini adalah aset yang sangat berharga dan perlu terus dipupuk,” ujarnya.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemantauan MTL di kawasan berisiko banjir
Next: 500 bungkus bubur lambuk, kurma diagihkan kepada masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.