Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Semangat Perjanjian Malaysia 1963 perlu dikekalkan
  • SEMASA

Semangat Perjanjian Malaysia 1963 perlu dikekalkan

Utusan Sarawak 16 hours ago

KUCHING: Mengekalkan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) amat penting khususnya berkaitan keputusan makhamah yang mampu mencabuli perjanjian tersebut.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengambil contoh terhadap peruntukan di bawah Akta Imigresen yang memberi kuasa kepada kerajaan Sarawak untuk menghalang kemasukan individu ke Sarawak di mana makhamah mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.

Jelasnya, tindakan tersebut sama sekali terus menjadi perkara yang mencabuli semangat MA63 di mana akan menimbulkan pelbagai isu daripada kuasa tersebut.

“Sekiranya perkara ini berlaku, keseluruhan maksud Perjanjian Malaysia itu akan berubah sama sekali kerana semangat asal perjanjian tersebut akan diketepikan oleh doktrin struktur asas maka beberapa masalah telah timbul daripada isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam ICM bersempena Istiadat Penganugerahan ‘Bencher’ sulung Yang di-Pertua Negeri, semalam.

Tun Wan Junaidi menjelaskan, Perjanjian Malaysia 1963 walaupun bukan sebahagian daripada teks Perlembagaan Persekutuan secara langsung namun ia masih tetap memiliki nilai undang-undang dan politik yang signifikan dalam membentuk hubungan antara negeri dan Persekutuan.

Tambah beliau, keputusan makhamah dalam menentukan hak yang terkandung dalam MA63 mempersoalkan sama ada ia dianggap sebagai satu syarat atau menjadi sebahagian daripada apa yang dipanggil sebagai doktrin struktur asas.

“Jika tidak, maka hak yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah untuk menggunakan kuasa imigresen bagi menghalang kemasukan individu yang diterima sebagai sesuatu yang amat asas bagi rakyat Sarawak dan Sabah akan tertakluk kepada keputusan mahkamah,” ujarnya.

Turut hadir isteri beliau Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof, Penasihat ICM Tun Dato Seri Zaki Tun Azmi, Presiden ICM Tun Ariffin Zakaria, Ketua Hakim Negara Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Yang Dipertua Dewan Negara Dato Awang Bemee Awang Ali Basah,

Hadir sama Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Duta Besar Amerika Syarikat Ke Malaysia Edgard D. Kagan, Presiden Makhamah Rayuan Dato Abu Bakar Jais, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Hasnah Dato Mohammad Hashim, Ketua Hakim Sarawak Dan Sabah Datuk Azizah Nawawi serta dif kenamaan lain. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Cuaca panas: Hanya Limbang kini tahap berjaga-jaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.