Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Semangat korban bentuk disiplin diri – Awang Tengah
  • Utara
  • WILAYAH

Semangat korban bentuk disiplin diri – Awang Tengah

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEDEKAH DAGING…Awang Tengah Ali Hasan menyerahkan bungkusan daging sedekah korban kepada penduduk di Kampung Dato Kuala Lawas.

LAWAS: Sambutan Aidiladha harus disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang pengorbanan yang telah dilakukan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.


Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu semangat korban itu penting dalam membina disiplin diri untuk tidak meletakkan kepentingan duniawi melebihi amalan untuk akhirat.

Tambah beliau, pengorbanan rakyat itu sendiri juga perlu dilakukan dengan memastikan masa depan anak-anak mereka sentiasa terjamin selamat di dunia dan akhirat.


“Kita selama ini berkorban untuk memastikan masyarakat kita di kampung-kampung dalam keadaan yang sentiasa dalam pemeliharaan Allah swt.

“Inilah tugas dan tanggungjawab kita berkorban demi memastikan anak-anak menerima pendidikan yang baik dan sempurna. Mereka bukan sahaja perlu dilengkapi untuk menghadapi kehidupan di dunia, tetapi juga perlu diberi didikan agama agar dapat menghindari pelbagai masalah,” katanya semasa majlis Ibadah Korban di Kampung Punang dan lawatan kerja ke Masjid Terapung Kampung Punang, semalam.

Seterusnya Awang Tengah juga berharap melalui semangat korban itu dapat dihayati dengan penuh kesyukuran dan kesedaran yang mendalam.


Masa depan generasi mendatang adalah bergantung kepada pengorbanan generasi hari ini agar mereka terus cemerlang di dunia dan akhirat.


Terdahulu Awang Tengah menyertai solat Aidiladha Masjid Dato Pengiran Matusin Kampung Dato Kuala Lawas diikuti majlis bacaan doa selamat di kediaman abang beliau di Kampung Dato Kuala Lawas sebelum mengagihkan sedekah daging korban kepada penduduk di Kuala Lawas.


Beliau kemudian meneruskan acara ke Kampung Punang untuk meninjau perkembangan projek Masjid Terapung Kampung Punang dan ibadah korban di Kampung Punang.


Sejumlah 15 ekor kerbau telah diagihkan kepada beberapa surau dan masjid di Lawas diikuti dengan tiga ekor kerbau daripada Awang Tengah untuk Kampung Punang dan dua ekor kerbau disumbang oleh Speaker Dewan Negara Datuk Awang Bemee Ali Basah kepada Masjid Besar Darul Ma’mur Lawas.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Pengarah NRDA Datu Ubaidillah Latip dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerjasama penduduk siapkan rumah panjang dipuji
Next: Kampung Punang bakal berubah wajah dengan pembangunan strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.