Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Semangat kerjasama, kekuatan tangani segala cabaran
  • TEMPATAN

Semangat kerjasama, kekuatan tangani segala cabaran

Utusan Sarawak 7 hours ago
TRADISI LAMA… Amalan menyuap makanan oleh generasi lama kepada generasi hari ini masih dipraktikkan di Kuala Lawas, dengan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan disuapkan makanan oleh warga emas.

LAWAS: Warisan generasi terdahulu yang menyatupadukan masyarakat perlu terus dipertahankan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan bahawa perpaduan dan budaya tolong-menolong yang diwarisi daripada generasi lama amat penting dalam mendepani pelbagai cabaran masa kini.

Menurutnya, warisan berbentuk semangat bersatu padu dan amalan gotong-royong merupakan aset penting yang kekal relevan sepanjang zaman.

“Inilah semangat yang kita warisi daripada datuk nenek moyang dan perlu terus dipertahankan. Generasi baharu mungkin tidak merasainya kerana mereka dilahirkan dalam keadaan yang berbeza.

“Pembangunan terus berjalan walaupun masih banyak yang perlu dilaksanakan. Namun, kita mampu bertahan dan terus maju kerana adanya kerjasama, baik ketika susah mahupun senang serta sikap saling membantu antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Berdudun Aidilfitri Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pemukat, Kuala Lawas, hari ini.

Beliau menjelaskan, daya tahan masyarakat kampung hari ini berpunca daripada keupayaan mereka menghadapi pelbagai cabaran tanpa mengabaikan semangat perpaduan.

Sehubungan dengan itu, katanya semangat bersatu padu dan semangat sekampung perlu diwariskan kepada generasi akan datang agar mereka mampu berdepan cabaran yang semakin getir.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang penting, jaga kebajikan ahli di perantauan
Next: Perpaduan rakyat jadi kekuatan Sarawak depani cabaran global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.