Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Semangat juang Messi pada usia 37 tahun mengagumkan – Mascherano
  • SUKAN

Semangat juang Messi pada usia 37 tahun mengagumkan – Mascherano

Utusan Sarawak 6 hours ago

Lionel Messi meraikan gol kedua yang juga gol kemenangan ke atas Porto di Atlanta.

ATLANTA, Amerika Syarikat: Jurulatih Inter Miami, Javier Mascherano mengakui terkejut dengan keinginan kuat Lionel Messi untuk terus menang selepas pasukannya mengejutkan FC Porto pada aksi Piala Dunia Kelab, awal pagi tadi.

Pemain veteran itu menyumbat masuk gol kemenangan menerusi sepakan percuma yang cantik dalam satu persembahan cemerlang di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta, sekali gus membantu Miami menang 2-1 ke atas kelab Portugal itu pada aksi Kumpulan A.

Mascherano berkata, semangat berdaya saing Messi pada usia 37 tahun lebih mengejutkan berbanding kualiti permainan pemenang Ballon d’Or lapan kali itu.

“Selain daripada jaringannya… dia adalah pemain yang menunjukkan kepada kami bagaimana untuk bersaing, kelaparannya, keinginannya untuk terus bersaing pada apa jua tahap,” kata Mascherano kepada wartawan.

“Dari sudut bola sepak, apa lagi yang boleh dikatakan? Dia adalah pemain terbaik dalam sejarah sukan ini, tetapi apa yang mengejutkan adalah keazaman kuatnya untuk menang.

“Hari ini, walaupun pada minit-minit terakhir, dalam keadaan letih dan mengalami sedikit kecederaan, dia tetap membantu pasukan dalam apa jua cara – menyerang, bertahan – demi mendapatkan keputusan yang diinginkan.

“Kami sedar dengan kehadiran Messi, kami ada kelebihan, tetapi yang paling penting adalah semangat juangnya yang menjalar ke seluruh pasukan – semangat untuk menang yang dimilikinya.”

Ramai menjangkakan Porto akan menewaskan Inter Miami, tetapi kelab dari Amerika Syarikat itu mencipta kejutan dengan meraih kemenangan kompetitif pertama dalam sejarah kelab MLS ke atas pasukan Eropah – sekali gus menjadi kejutan terbesar setakat ini pada kejohanan itu.

“Saya rasa kami faham dalam bola sepak memang wujud hierarki dan kami berdepan satu pasukan yang berada pada tahap tinggi, dengan pemain bertaraf antarabangsa,” kata Mascherano.

“Tetapi kami yakin jika kami buat apa yang sepatutnya, jika kami ada perancangan, saling menyokong, kekal bersatu dan yang paling penting, berani untuk bermain, kami mampu bersaing.” – AFP

Continue Reading

Previous: RFP 2025 kembali: Kuching, Miri dan Sibu dipilih sebagai lokasi larian
Next: Aaron-Wooi Yik berpotensi rampas gelaran nombor satu dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.