Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Semangat Hari Sarawak perlu terus menyala dalam diri setiap rakyat
  • TEMPATAN

Semangat Hari Sarawak perlu terus menyala dalam diri setiap rakyat

Utusan Sarawak 16 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa merasmikan sambutan Hari Sarawak 2025 di Pentas Utama Sri Kalaka hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Tanggal 22 Julai bukan sekadar catatan dalam sejarah, tetapi merupakan simbol penting kepada kebebasan, kedaulatan dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membina asas keamanan dan kemajuan Sarawak hari ini.

Pada hari ini 62 tahun lalu, Sarawak secara rasmi memperoleh pemerintahan sendiri daripada Kerajaan British menamatkan lebih satu abad pemerintahan keluarga Brooke dan penjajahan British. Detik bersejarah itu menjadi titik mula perjalanan Sarawak sebagai negeri yang bebas dan berdaulat.

Dua bulan selepas kemerdekaan tersebut, Sarawak menyertai Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk negara baharu iaitu Malaysia pada 16 September 1963. Namun, 22 Julai terus diingati sebagai tarikh lahirnya kemerdekaan sebenar Sarawak.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa merasmikan sambutan Hari Sarawak 2025 di Pentas Utama Sri Kalaka hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Bercakap semasa sambutan Hari Sarawak 2025 di Pentas Utama Sri Kalaka hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan bahawa kemerdekaan Sarawak bukan sekadar sejarah tetapi asas penting kepada penyertaan negeri ini dalam pembentukan Malaysia.

“Kemerdekaan 22 Julai adalah asas kepada identiti Sarawak dalam Persekutuan. Ia memperkukuh hak-hak kita dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang terus diperjuangkan hingga kini,” katanya.

Menurutnya, semangat kemerdekaan perlu terus menyala dalam diri setiap rakyat Sarawak, tidak kira bangsa, agama atau latar belakang.

“Kita tidak mahu hanya merdeka pada nama atau kertas, tetapi jiwa yang merdeka, bebas dari mentaliti dijajah, bebas dari rasa rendah diri dan penuh keyakinan terhadap kemampuan diri dan negeri sendiri,” tegasnya.

SAMBUTAN Hari Sarawak 2025 di Pentas Utama Sri Kalaka hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Beliau turut menekankan betapa pentingnya rakyat memahami bahawa jiwa merdeka juga bermakna berani menyuarakan kebenaran, menghormati perbezaan dan menjunjung perpaduan.

Seiring dengan semangat tersebut, prinsip ‘Sarawak First, Rakyat Diutamakan’ dijadikan landasan kerajaan negeri dalam merangka dasar dan tindakan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

“Setiap dasar dan projek mesti memfokus kepada kesejahteraan rakyat, memperkasa mereka dari sudut ekonomi, sosial dan pendidikan. Kita mahu rakyat Sarawak berdiri teguh dan menjadi penentu masa depan negeri ini,” ujarnya.

Majlis penuh patriotik itu diserikan dengan persembahan kebudayaan, deklamasi puisi kemerdekaan serta pameran sejarah perjuangan kemerdekaan Sarawak. Ia turut dihadiri oleh pemimpin tempatan, pelajar sekolah dan masyarakat setempat yang datang menyemarakkan sambutan dengan penuh semangat dan kebanggaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lebih 170 anak pokok bakau ditanam di Kampung Jaie, pelihara ekosistem bakau
Next: Kontinjen APM Saratok johan Pertandingan Kawad Lintas Hormat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.