Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Semangat cinta al-Quran terserlah di Majlis Tilawah Sri Aman
  • WILAYAH

Semangat cinta al-Quran terserlah di Majlis Tilawah Sri Aman

Utusan Sarawak 2 days ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah menyempurnakan perasmian Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sri Aman di Masjid Bandar Sri Aman, malam tadi. Foto ADUN Lingga

SIMANGGANG: Qari Mas Azizul Suhaili dan Qariah Sharifah Rohana Wan Zain masing-masing dinobatkan sebagai johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sri Aman di Masjid Bandar Sri Aman, malam tadi.

Naib johan pula disandang Qari Khairul Ikhwan Ahmad Kamri dan Qariah Dayang Nur Afira Abang Mohammad dan tempat ketiga pula Qari Ahmad Alwi Kipli dan Qariah Rabiah Kinchong.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Dalam ucapannya, beliau berkata penyatuan ummah melalui pembelajaran dan pengajian al-Quran membuka peluang masyarakat mempelajari bacaan al-Quran dan mendalami ilmu akhirat dengan lebih fokus.

Menurutnya, pelbagai program keagamaan akan dapat membantu masyarakat membendung pelbagai masalah sosial di kalangan remaja hari ini.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua peserta atas semangat dan usaha dalam memperdengarkan bacaan al-Quran yang begitu merdu dan menyentuh jiwa. 

“Program seperti ini amat penting dalam menyemarakkan kecintaan terhadap kitab suci al-Quran serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam di Bahagian Sri Aman,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gawai Dayak DUN Beting Maro meriah, lambang perpaduan kaum di Sarawak
Next: Bas jadi pilihan utama pulang sambut Gawai Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.