Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Semakan SST: kutipan cukai dijangka bertambah RM5 bilion pada 2025, RM10 bilion pada 2026
  • SEMASA

Semakan SST: kutipan cukai dijangka bertambah RM5 bilion pada 2025, RM10 bilion pada 2026

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEMENTERIAN Kewangan, Putrajaya

PETALING JAYA: Jumlah kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diunjur bertambah sebanyak RM5 bilion bagi 2025 dan RM10 bilion pada 2026 selepas pelaksanaan semakan dan peluasan skop yang bermula 1 Julai ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican berkata penambahan sebanyak RM5 bilion dan RM10 bilion itu adalah hasil daripada semakan semula SST dengan tujuan meluaskan asas hasil negara.

“Kerajaan telah mengambil pendekatan progresif dengan meluaskan asas cukai, dengan tanggungan cukai itu lebih kepada mereka yang mampu.

“Ia bermaksud bila ditentukan skop ataupun siapa yang dikenakan cukai perkhidmatan ataupun juga pendekatan cukai jualan, telah mengambil usaha untuk memastikan bahawa ia dilaksanakan secara bersasar,” katanya kepada Bernama selepas melakukan tinjauan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjangkakan penambahbaikan SST itu bakal menjana hasil sebanyak RM51.7 billion pada 2025. Hasil kutipan SST bagi 2024 adalah sebanyak RM44.7 bilion.

Pada 9 Jun lepas, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.

Kadar cukai jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan manakala kadar sama ada lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.

Skop cukai perkhidmatan akan diperluaskan merangkumi enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.

Johan berkata bermula Julai syarikat perkhidmatan akan membuat penilaian sama ada mereka telah mencapai nilai ambang perolehan tahunan yang melayakkan untuk dikenakan cukai perkhidmatan dan seterusnya pada akhir bulan mereka akan menyemak semula kedudukan tersebut untuk menentukan kelayakan sebenar.

“Sekiranya nilai ambang dicapai, proses pendaftaran akan dibuat pada Ogos, dan hanya selepas itu pengeluaran invois yang dikenakan cukai perkhidmatan akan bermula pada September,” katanya.

Ini bagi memberi lebih masa dan ruang kepada syarikat perkhidmatan terlibat untuk membuat persediaan dari segi pelaksanaan SST.- Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 137 penerima terima Pingat, Darjah Kebesaran Sarawak
Next: Dua insiden tembakan: Polis perkukuh kawalan, keselamatan di ibu negara terkawal – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.