Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Semakan pengambilan pelatih PLKN 3.0 siri 3/2025 dibuka esok
  • NASIONAL

Semakan pengambilan pelatih PLKN 3.0 siri 3/2025 dibuka esok

Utusan Sarawak 9 hours ago

KUALA LUMPUR: Semakan pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 3 Tahun 2025 dibuka bermula pukul 10 pagi esok.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan boleh dibuat menerusi laman sesawang atau pautan sistem PLKN 3.0 https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.

Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran dan pentadbiran, para pelatih yang terpilih perlu memberi maklum balas kehadiran melalui pautan itu sehingga 11 Julai ini.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Unit Pelatih, Sektor Latihan, JLKN di talian 03-4013 (Sambungan: 3612/3613/3614/3604/3603/3626) atau layari laman sesawang https://jlkn.mod.gov.my,” menurut kenyataan itu.

PLKN 3.0 bagi Siri 3 Tahun 2025 akan diadakan bermula 7 Sept hingga 21 Okt ini, melibatkan dua kem Askara Wataniah (AW) iaitu Regiment 515 (AW) di sini dan Regiment 505 (AW) di Pekan, Pahang. 

Sebelum ini, sebanyak 550 pelatih terdiri daripada 350 pelatih lelaki dan 200 pelatih wanita menyertai PLKN 3.0 Siri 2/2025, yang dijadualkan tamat pada 24 Jun ini. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tiada keperluan bubar Kementerian Ekonomi – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.