Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Semakan kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 bermula hari ini – KPM
  • PENDIDIKAN

Semakan kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 bermula hari ini – KPM

Utusan Sarawak 6 hours ago

PUTRAJAYA: Keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) bagi Sesi 2025/2026 boleh disemak mulai hari ini, bermula 10.00 pagi.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa semakan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh dibuat menerusi laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my.

Menurut kenyataan itu, pendaftaran secara dalam talian akan dibuka bermula esok (22 Mei) hingga 21 Jun melalui laman sesawang kolej matrikulasi masing-masing.

“Pelajar perlu mendaftar secara fizikal di kolej matrikulasi mulai 22 Jun 2025 berdasarkan surat tawaran masing-masing,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memaklumkan bahawa pelajar yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui laman sesawang sama, mulai hari ini hingga 21 Jun.

Keputusan rayuan akan diumumkan pada 30 Jun ini. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SK Jalan Bintang Miri terima sumbangan PMR
Next: Semakan kemasukan program matrikulasi sesi 2025/2026 bermula hari ini – KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.