Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Selesema burung ancam hidupan liar Antartika, saintis beri amaran
  • GLOBAL

Selesema burung ancam hidupan liar Antartika, saintis beri amaran

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR edaran yang dikeluarkan pada 17 Februari 2026 oleh Chilean Antarctic Institute menunjukkan penguin di Antartika pada Februari 2018. Foto AFP

SANTIAGO, Chile: Saintis mengeluarkan amaran mengenai penularan selesema burung di seluruh Antartika. Penyelidik terkemuka dari Chile memberitahu AFP semalam bahawa satu varian yang dikesan didapati “mampu membunuh 100 peratus” burung yang dijangkiti.

Beberapa tahun kebelakangan ini, para penyelidik telah memberi amaran mengenai penyebaran selesema burung di benua berais itu, yang menempatkan pasukan saintis secara sementara.

GAMBAR fail menunjukkan penguin chinstrap (Pygoscelis antarcticus) dan gentoo (Pygoscelis papua) di Selat Gerlacheyang memisahkan Kepulauan Palmer daripada Semenanjung Antartika, pada 15 Januari 2024. Foto AFP

Bagaimanapun, satu varian penyakit yang amat berbahaya dikesan pada April 2024 oleh penyelidik Chile, Victor Neira, bersama pasukannya pada lima ekor skua, sejenis burung laut kutub.

Sejak itu, virus berkenaan merebak kepada spesies lain, dengan kes dikesan sepanjang 900 kilometer (560 batu) garis pantai yang dikaji saintis.

Dalam satu ekspedisi terbaharu ke Antartika, kes baharu ditemui dalam kalangan burung kormoran Antartika, camar kelp, penguin Adelie dan gentoo, serta anjing laut berbulu Antartika, kata Neira kepada AFP. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ramadan bermula hari ini di Arab Saudi
Next: Solat tarawih pertama Ramadan: Suasana kerohanian, perkhidmatan bersepadu di Masjidil Haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.