Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Selesaikan segera masalah banjir di Kampung Jemoreng
  • WILAYAH

Selesaikan segera masalah banjir di Kampung Jemoreng

Utusan Sarawak 2 months ago
CAKNA PERMASALAHAN… Datuk Dr Juanda Jaya turun padang meninjau isu limpahan air di Kampung Jemoreng, Matu. -Foto UKAS

MATU: Penduduk Kampung Jemoreng kini berdepan dengan isu banjir luar kebiasaan, memberi kesan berpanjangan akibat limpahan air berterusan sejak awal tahun ini ditambah dengan keadaan membimbangkan apabila kawasan yang jarang dinaiki air sebelum ini, termasuk Jalan Utama Kampung Jemoreng-Bawang, turut terjejas.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, limpahan air dari kawasan tersebut menyebabkan air bertakung di sekitar Kampung Jemoreng, sekali gus menjejaskan aktiviti harian penduduk.

“Ia dikenal pasti berpunca dari limpahan air dari kawasan sekitar Passin dimana terdapat ladang dibuka disana dan air memasuki parit bahu jalan projek jalan Jemoreng-Passin dan mengalir ke arah Kampung Jemoreng,” katanya pada lawatan dan tinjauan ke Jalan Jemoreng-Passin dan sekitar Kampung Jemoreng, semalam.

Bagi menangani isu ini, beberapa langkah telah dicadangkan termasuk perbincangan dengan pihak ladang di kawasan Passin untuk memastikan aliran air dari ladang dapat disalurkan terus ke Sungai Batang Lassa.

Selain itu, sistem aliran parit bahu jalan Projek Jalan Jemoreng-Passin akan disusun semula supaya aliran air lebih sekata di kedua-dua arah, manakala parit sepanjang Jalan Utama Kampung Jemoreng, termasuk pembentung dan parit-parit kecil, akan dibersihkan bagi mengelakkan masalah takungan. -UKAS

BERI PERHATIAN… Datuk Dr Juanda Jaya dan yang lain mengadakan perbincangan mengenai isu limpahan air di Kampung Jemoreng, Matu.
-Foto UKAS

Continue Reading

Previous: APM Limbang berjaya menangkap ular daun sepanjang satu meter
Next: Sarikei bakal terima impak positif pembangunan, sosioekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.