Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Selesai salur bekalan air 2024
  • TEMPATAN

Selesai salur bekalan air 2024

Utusan Sarawak 4 years ago
RASMI… Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Datuk Malcom Mussen Lamoh dan Simoi Peri melakukan simbolik perasmian Pejabat Baharu JBALB Bahagian Sri Aman di Jalan Bayu, Bandar Simanggang sambil disaksikan oleh Elvis Didit, Ir Chan Kuet Shian dan Adzahari Baini, di Simanggang semalam.

SIMANGGANG: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu Kementerian Utilili termasuk Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) selesai menyalurkan bekalan air terawat kepada seluruh isi rumah dalam negeri ini menjelang tahun 2024.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata Ketua Menteri mahu agar JBALB berjaya berbuat demikian pada tahun tersebut walaupun tahun asalnya ditetapkan pada 2025 sebelum itu.

“Demi memastikan seluruh isi rumah dapat menikmati bekalan air terawat menjelang tahun 2025, sejumlah 322 Projek Rakyat (Bekalan Air) telah pun dibentang dan akan dilaksana dengan kos asalnya sebanyak RM2.8 bilion.

“Bagaimanapun peruntukan kos projek ini sudah dipertingkat kepada RM4 bilion dengan anda semua (JBALB) perlu bekerja keras untuk memastikan ia selesai dilaksanakan menjelang tahun 2024 seperti yang dikehendaki oleh Ketua Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat Baharu JBALB Bahagian Sri Aman bertempat Block 3, Simanggang Town District, Jalan Bayu dalam bandar ini pagi semalam.

Selain itu pihak kementeriannya kata Rahman juga telah bercadang mahu merangkumkan semua utiliti-utiliti mereka di bawah satu sistem pembayaran bil (billing system) demi memudahkan pengguna dalam negeri ini.

“Pembayaran bil-bil Telekom, JBALB dan Telekom di bawah Kementerian Utiliti Sarawak mungkin akan diseragamkan di bawah satu bil jika cadangan itu dilulus pada masa akan datang.

“Bagi saya adalah amat wajar cadangan ini dilaksana sebagai satu keperluan penting sesuai dengan hasrat Ketua Menteri kita untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri termaju dalam Malaysia menjelang tahun 2030 nanti,” katanya.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Bomba Komuniti Rumah Libau jalani latihan
Next: Manfaatkan geran MRP sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.