Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Selepas pemergian suami tercinta, Zizie Izette luah rasa hilang arah
  • HIBURAN

Selepas pemergian suami tercinta, Zizie Izette luah rasa hilang arah

Utusan Sarawak 5 hours ago
TANGKAP layar hantaran instagram story Zizie Izette.

KUALA LUMPUR: Selepas pemergian suami tercinta, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, semalam, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, 47, mengakui berasa hilang arah.

“Malam ini, saya berasa benar-benar hilang arah. Saya hanya berharap masih ada sedikit masa untuk memeluknya, menyampaikan segala yang ingin saya katakan, dan mengucapkan terima kasih dengan sepenuh hati atas segala jasanya kepada keluarga kami,” luah Zizie dalam hantaran Instagram Story (IGs) malam tadi.Dalam hantaran sama, Zizie memohon diberikan ruang untuk meratapi pemergian suaminya, yang disifatkannya sebagai seorang bapa yang sangat baik dan insan yang pemurah.

“Inilah dia, seorang yang sentiasa mengalah demi anak-anak dan membahagiakan mereka serta orang di sekeliling. Berhati mulia dan gemar bersedekah. Seorang yang sentiasa menjaga solat dan bertasbih, tidak kira di mana dia berada zikir sentiasa terukir di bibirnya,” luah Zizie, yang turut berkongsi foto suaminya kelihatan ceria sambil dipaut anak-anak.

Allahyarham Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, menghembuskan nafas terakhir pada 1.46 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu.

Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu, pada 2.25 petang, semalam.

Allahyarham Bung Moktar dan Zizie, yang mendirikan rumah tangga pada 2009, dikurniakan tiga cahaya mata serta memiliki dua anak angkat.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Afgan tepati janji, tampil intim dalam Retrospektif Showcase
Next: Bintang ‘Full House’ Dave Coulier didapati menghidap kanser lidah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.