
Lawas. Foto hiasan
LAWAS: Selepas satu, satu lagi.
Ini dihadapi penduduk Lawas, apabila berlaku gangguan telekomunikasi setelah berakhirnya gangguan bekalan air selama lebih 10 hari.
Kekerapan gangguan telekomunikasi ini turut melibatkan pelbagai perkhidmatan lainnya dilihat memberi kesan emosi kepada penduduk Lawas.
Ini berikutan berlakunya gangguan bekalan air selama lebih 10 hari yang kini beransur pulih telah diganti dengan masalah kekerapan gangguan pada sistem telekomunikasi.
Isu ini merupakan isu yang sentiasa berlaku sehingga memberi kesan kepada perniagaan yang menggunakan perkhidmatan pembayaran melalui aplikasi tertentu dalam talian.
Seorang penjawat awam Senawi Abang memberitahu perkara ini telah dimajukan kepada pihak bertanggungjawab termasuk pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM) di Miri.
Sehingga kini keadaan masih belum ada perubahan terutama di beberapa kawasan tertentu yang adakala tidak menerima sebarang liputan atau akses kepada perhidmatan telekomunikasi.
Bagi kawasan dalam radius tiga kilometer dari kawasan bandar Lawas dan sepanjang masa, menerima liputan yang lemah ialah di kawasan Kampung Banting untuk lot di belakang.
Kawasan lainnya ialah di sekitar SMK Lawas hingga ke perumahan Persekutuan dan kawasan Trusan.
Oleh ADENG EDRUS