Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Selat Melaka kekal titik sempit transit minyak terbesar dunia
  • SEMASA

Selat Melaka kekal titik sempit transit minyak terbesar dunia

Utusan Sarawak 7 hours ago
SELAT Melaka, antara laluan perkapalan paling penting di dunia, kekal sebagai laluan sempit transit minyak terbesar di dunia pada separuh pertama 2025 (1H25).

KUALA LUMPUR: Selat Melaka, antara laluan perkapalan paling penting di dunia, kekal sebagai laluan sempit transit minyak terbesar di dunia pada separuh pertama 2025 (1H25). Selat ini, yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, merupakan laluan laut paling pendek antara Asia Barat dan pasaran utama di Asia Timur serta Asia Tenggara.

Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), selat tersebut mengendalikan kira-kira 23.2 juta tong minyak sehari dalam 1H25, iaitu 29 peratus daripada jumlah aliran minyak maritim global.

Minyak mentah dan kondensat membentuk sebahagian besar jumlah yang melalui selat itu dengan 16.6 juta tong sehari pada 1H25, manakala produk petroleum menyumbang 6.5 juta tong sehari. Aliran gas asli cecair (LNG) melalui laluan air ini pula mencecah sekitar 9.2 bilion kaki padu sehari dalam tempoh sama.

Pengeluar utama Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dari Teluk Parsi, iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Iraq, menyumbang hampir 60 peratus minyak mentah yang melalui Selat Melaka dalam 1H25. Aliran melalui selat ini menurun pada 2024 susulan pengurangan pengeluaran OPEC+, namun kembali meningkat pada separuh pertama 2025 selepas sasaran pengeluaran dinaikkan.

Iran terus meningkatkan eksport minyaknya melalui selat tersebut, daripada 0.3 juta tong sehari pada 2020 kepada 1.6 juta tong sehari pada 1H25. Jumlah dari Rusia kekal kecil, sekitar 0.4 juta tong sehari dalam tempoh sama.

Pada 1H25, Amerika Syarikat turut menghantar 0.8 juta tong sehari minyak mentah dan kondensat dari pesisir Atlantiknya melalui Selat Melaka ke Asia Timur.

China kekal sebagai destinasi utama minyak mentah dan kondensat yang melalui selat ini, dengan penerimaan 7.9 juta tong sehari atau 48 peratus daripada jumlah import pada 1H25. Kebanyakan minyak mentah yang melalui laluan ini dihantar dari Asia Barat ke pasaran Asia Timur, mencerminkan kepentingan selat ini dalam perdagangan tenaga serantau.

Korea Selatan dan Jepun merupakan destinasi seterusnya, masing-masing menerima 2.4 juta tong sehari dan 2.1 juta tong sehari pada 1H25.

Walaupun terdapat laluan alternatif, termasuk Selat Sunda dan Lombok di Indonesia, kapal yang menggunakan laluan tersebut perlu menempuh perjalanan lebih panjang. EIA turut menyebut saluran paip yang menghubungkan Myanmar ke barat daya China sebagai alternatif separa. Namun begitu, Selat Melaka kekal sebagai laluan utama bagi penghantaran minyak dan LNG dari Asia Barat ke Asia Timur dan Asia Tenggara.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bekas wartawan penyiaran TV3 Karam Singh Walia meninggal dunia
Next: Kerajaan gariskan tiga fasa strategi tangani krisis tenaga global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.