Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Selat Hormuz satu kebimbangan namun industri minyak kekal stabil – PM Anwar
  • SEMASA

Selat Hormuz satu kebimbangan namun industri minyak kekal stabil – PM Anwar

Utusan Sarawak 9 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat reruai pameran pada Energy Asia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. Turut kelihatan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dua, kiri) dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik (kiri). Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Konflik Israel-Iran tidak semestinya memberikan kesan buruk ke atas industri minyak atau mekanisme harga bagi komoditi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) Haitham Al Ghais serta peserta utama industri minyak di luar persidangan Energy Asia 2025 yang berlangsung di sini hari ini.

“Sudah tentu, mereka memantau situasi ini dengan teliti, namun tidak semestinya ia memberikan kesan negatif kepada industri atau mekanisme harga. Kita berharap konflik itu boleh diselesaikan dengan lebih awal,” kata beliau.

Ditanya mengenai kesan daripada konflik itu terhadap industri tenaga, Anwar berkata wujudnya kebimbangan mengenai penutupan Selat Hormuz yang merupakan laluan penting bagi eksport minyak serta gas asli cecair dan menjadi laluan perdagangan minyak dari rantau Timur Tengah.

“Ini merupakan soal kesan ekonomi,” kata beliau.

Pada masa sama, Anwar turut mengumumkan pelaburan besar antaranya daripada TotalEnergies, dan Eni yang berpangkalan di Itali serta Saudi Aramco dari Arab Saudi, sekali gus membuktikan keyakinan terhadap keupayaan Petronas.

“Beberapa perjanjian utama berkaitan pelaburan di Malaysia akan dimeterai di Persidangan Energy Asia 2025 yang berlangsung selama tiga hari ini,” kata beliau.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat reruai PETRONAS pada Energy Asia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. Turut kelihatan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dua, kiri) dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (kiri). Foto Bernama

Sesi pertemuan tertutup kalangan ketua pegawai eksekutif global dan pemimpin peringkat tertinggi sektor utama seperti minyak dan gas, tenaga, teknologi, kewangan dan perkhidmatan profesional turut berlangsung di luar persidangan itu.

Pertemuan itu bertujuan merangka laluan kolektif yang dapat merangsang pelaburan, mengukuhkan penyelarasan dan mempercepat penggunaan teknologi bagi memacu peralihan tenaga di Asia.

Sementara itu, Persidangan Energy Asia 2025 bertemakan “Delivering Asia’s Energy” di sini pada 16 hingga 18 Jun, 2025, menjadi platform tepat bagi Malaysia dan rantau ini menilai kemajuan mencapai matlamat peralihan tenaga serta memperkukuh komitmen negara ke arah sasaran pelepasan karbon sifar bersih.

Penganjuran acara itu juga dilihat sebagai wajar di tengah-tengah persimpangan antara pempelbagaian ekonomi dan pembangunan mampan ketika kalangan negara beralih daripada minyak kepada tenaga boleh baharu (TBB) serta mengguna pakai teknologi baharu seperti hidrogen dan pemerangkapan karbon.

Terdahulu, Anwar menyampaikan ucaptama dan merasmikan persidangan yang menampilkan 180 penceramah terkemuka dari seluruh dunia di samping menarik kehadiran lebih 4,000 perwakilan termasuk kalangan penggubal dasar, profesional tenaga serta pemimpin industri.

Antara agenda utama persidangan itu adalah sesi pleno bertajuk “Energy Present, Energy Future: Pathways for Asia’s Just Transition” diikuti dengan dialog kepimpinan “Energy at the Crossroads: Policies, Technologies and Investments”.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Batik Air perbaharui pensijilan IOSA, kukuhkan komitmen amalan keselamatan
Next: Premier Sarawak tinjau kemajuan projek Empangan Hidroelektrik Baleh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.