Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Selaras seragam sekolah bantu kurangkan beban B40
  • SEMASA

Selaras seragam sekolah bantu kurangkan beban B40

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

ALOR SETAR: Cadangan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyelaraskan pemakaian seragam sekolah dilihat dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa golongan B40.

Timbalan Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Kebangsaan Zainol Abidin Mohamad yang juga Pengerusi PIBKS Kedah berkata pihaknya menyambut baik hasrat KPM tersebut.

“Prinsip asas pendidikan adalah kesaksamaan, kesederhanaan dan fokus kepada pembelajaran, bukannya perbezaan penampilan. Pendekatan ini dilihat mampu mengurangkan beban kewangan ibu bapa, khususnya golongan B40 dan M40.

“Ia juga dapat mengelakkan unsur persaingan tidak sihat dalam kalangan murid serta mengembalikan fungsi sekolah sebagai medan pembinaan sahsiah, ilmu dan nilai, bukan pameran gaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata langkah itu perlu dibuat secara berperingkat, inklusif dan berunding dengan mengambil kira beberapa aspek termasuk pandangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), keperluan murid mengikut iklim, keselesaan dan kesihatan serta realiti sosioekonomi setempat.

“PIBKS menegaskan bahawa ibu bapa adalah rakan strategik pendidikan, bukan sekadar penerima keputusan. Oleh itu, sebarang dasar baharu wajar dilaksanakan melalui libat urus bermakna, agar keputusan diambil benar-benar membawa kebaikan kepada anak-anak dan tidak menambah tekanan kepada keluarga.

“Matlamat kita bukan sekadar seragam sama, tetapi peluang pendidikan yang adil dan bermaruah untuk semua,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 6.5 gegarkan Rancho Viejo, Mexico
Next: Kerajaan tidak berkompromi kes dera taska, tindakan tegas akan diambil – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.