Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sekurang-kurangnya tujuh orang maut akibat hujan lebat di Sao Paulo, Brazil
  • GLOBAL

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut akibat hujan lebat di Sao Paulo, Brazil

Utusan Sarawak 12 hours ago
SAMPAH kelihatan di jalan yang dinaiki air di kejiranan Saracuruna, bandar Duque de Caxias, Brazil pada 17 Disember 2025. Foto AFP

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala seorang lagi dilaporkan hilang di negeri Sao Paulo, Brazil, susulan hujan lebat dan banjir berterusan yang dicetuskan oleh siklon luar-tropika, menurut pihak Pertahanan Awam pada Rabu, lapor Xinhua.

Insiden terbaharu berlaku di kawasan metropolitan Guarulhos apabila seorang pemandu dilaporkan hilang selepas kenderaannya dihanyutkan arus deras ketika ribut pada Selasa. Anggota bomba meneruskan operasi mencari mangsa pada Rabu.

SEORANG wanita berjalan di tepi jalan yang dilanda banjir di kawasan kejiranan Saracuruna, bandar Duque de Caxias, Brazil pada 17 Disember 2025. Foto AFP

Pegawai Pertahanan Awam memaklumkan bahawa hujan lebat sejak 10 Disember mengakibatkan kejadian tanah runtuh, pokok tumbang, petir serta beberapa orang dihanyutkan arus banjir.

Dua kematian dilaporkan pada Selasa di pulau Atlantik Ilhabela, apabila seorang lelaki lemas akibat banjir manakala seorang lagi maut selepas dihempap runtuhan tembok.

Kematian turut disahkan di beberapa lokasi lain termasuk bandar Sao Paulo, Campos do Jordao, Guarulhos, Juquitiba, Bauru dan Ilhabela.

Di pesisir utara negeri berkenaan, jumlah hujan yang turun dalam tempoh hanya tiga jam bersamaan dengan purata hujan selama tiga minggu, menurut Pertahanan Awam.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Senat AS sahkan jutawan Isaacman sebagai ketua baharu NASA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.