Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sekurang-kurangnya 22 maut, 55 cedera selepas kereta api rempuh kren tumbang di Thailand
  • GLOBAL

Sekurang-kurangnya 22 maut, 55 cedera selepas kereta api rempuh kren tumbang di Thailand

Utusan Sarawak 4 hours ago
STRUKTUR kren yang runtuh masih kelihatan di atas treler landasan dan tiang pembinaan projek landasan berkelajuan tinggi. Foto Agensi
PETUGAS kecemasan dikerahkan ke laluan kereta api selepas sebuah kren pembinaan jatuh ke atas kereta api penumpang di Wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand, pada 14 Januari 2026. Foto Agensi

BANGKOK: Seramai 22 orang terkorban manakala 55 lagi cedera selepas sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah kren  pembinaan yang terjatuh ke atas landasan di Thailand, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik media tempatan pada Rabu.

Menurut penyiar PBS, dalam kejadian awal pagi Rabu itu, kereta api penumpang yang dalam perjalanan dari Bangkok ke Ubon Ratchathani telah melanggar sebuah kren pembinaan yang tumbang dan jatuh ke atas tapak projek landasan kereta api berkelajuan tinggi bertingkat di Daerah Sikhio, Wilayah Nakhon Ratchasima.

Rempuhan itu menyebabkan kereta api berkenaan tergelincir daripada landasan dan mencetuskan kebakaran di beberapa gerabak, menurut laporan itu. Gerabak kedua dan ketiga dilaporkan mengalami kerosakan teruk, dan sebahagian besar mangsa merupakan penumpang di gerabak berkenaan, kata penyiar berkenaan.

Kereta api itu dilaporkan membawa kira-kira 195 penumpang serta kru.

Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana Thailand telah menggerakkan pasukan tindak balas kecemasan serta peralatan berat untuk menyelamat ke lokasi kejadian, lapor PBS.

Akhbar Khaosod sebelum ini melaporkan jumlah mangsa yang terkorban melebihi 40 orang.

Penumpang dilaporkan terperangkap di dalam gerabak yang sedang terbakar, memaksa anggota bomba dan pasukan penyelamat memadamkan api sambil memotong badan gerabak secara serentak bagi membebaskan mangsa yang terperangkap, lapor Khaosod. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Ancaman banjir di Queensland kekal meskipun hujan mulai reda
Next: 1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari – BNPB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.