Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sekurang-kurangnya 15 maut, lapan hilang dalam banjir di Tanah Tinggi Papua, Indonesia
  • GLOBAL

Sekurang-kurangnya 15 maut, lapan hilang dalam banjir di Tanah Tinggi Papua, Indonesia

Utusan Sarawak 4 hours ago
TRAGEDI di Tanah Tinggi Papua 15 terkorban, lapan masih hilang akibat banjir besar yang melanda dua daerah di wilayah Nduga.

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut manakala lapan lagi masih hilang selepas banjir melanda dua daerah di Tanah Tinggi Papua, Indonesia, menurut pegawai pada Selasa malam.

Agensi Pengurangan Bencana Negara (BNPB) memaklumkan semua 15 mangsa ditemukan di Daerah Dal, Wilayah Nduga, manakala pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan lapan lagi mangsa di Kampung Yuguru, Daerah Meborok.

“Banjir yang berpunca daripada hujan lebat melanda kedua-dua daerah itu pada Sabtu malam,” kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Beliau memberi amaran mengenai kemungkinan hujan berterusan dalam beberapa hari akan datang, dengan amaran cuaca masih berkuat kuasa di Tanah Tinggi Papua sehingga Khamis.

Agensi itu turut menggesa penduduk, khususnya mereka yang tinggal berhampiran sungai, supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi sekiranya hujan berterusan lebih sejam dan mematuhi arahan pemindahan rasmi.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pengerusi kumpulan Hinduja, Gopichand Hinduja meninggal dunia di London
Next: Gempa bumi 6.0 skala Richte landa pantai timur Kamchatka dan Semenanjung Minahassa – GFZ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.