Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sektor swasta jadi tunjang transformasi ekonomi BIMP-EAGA
  • SEMASA

Sektor swasta jadi tunjang transformasi ekonomi BIMP-EAGA

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika mewakili Malaysia sebagai Ketua Delegasi ke Forum Ketua Menteri, Gabenor dan Kerajaan Tempatan (CMGLF) ke-7 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Davao, Filipina hari ini. Foto UKAS

DAVAO, Filipina: Sarawak terus menegaskan keperluan memperkukuh pembangunan serantau dengan menekankan bahawa sektor swasta harus menjadi tunjang utama dalam memacu transformasi ekonomi di bawah Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei- Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penyertaan kukuh sektor swasta adalah asas penting bagi mencapai pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Malaysia sebagai Ketua Delegasi ke Forum Ketua Menteri, Gabenor dan Kerajaan Tempatan (CMGLF) ke-7 yang berlangsung di salah sebuah hotel di sini, hari ini.

Pada sesi perbincangan strategik tersebut, beliau memimpin dialog menyentuh pelbagai perkara utama termasuk sektor maritim, perdagangan, tenaga, mobiliti tenaga kerja, pembangunan modal insan serta pengukuhan jaringan penghubung antara negara anggota.

Beliau juga menegaskan bahawa penglibatan aktif sektor swasta mampu mempercepatkan integrasi ekonomi serantau, membuka lebih banyak peluang pelaburan baharu dan memperkukuh hubungan perdagangan merentas sempadan.

Menurutnya, usaha menjadikan BIMP-EAGA sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing memerlukan penyelarasan dasar yang lebih efisien, rangka kerja perundangan yang diperkemas, peningkatan aspek keselamatan dan fasilitasi, serta pemanfaatan komplementari ekonomi yang dimiliki wilayah-wilayah anggota.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri termasuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.