Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sektor koperasi Malaysia miliki aset RM150 bilion
  • TEMPATAN

Sektor koperasi Malaysia miliki aset RM150 bilion

Utusan Sarawak 3 years ago
UNTUK ALBUM…Siti Maimunah Jerni bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan bersama peserta Program Kemasyarakatan Koperasi IKMa 2022 di sebuah hotel terkemuka di Sibu, semalam.

SIBU: Sektor koperasi Malaysia mempunyai jumlah aset melebihi RM150 bilion, sekali gus meletakkanya berada di landasan yang baik untuk terus bergerak dalam pembangunan komuniti secara menyeluruh dan membantu sasaran kerajaan untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat.

Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak Siti Maimunah Jerni berkata, bilangan koperasi adalah sebanyak 14,657 buah dengan jumlah anggota seramai 7 juta orang di seluruh Malaysia.

“Bagi negeri Sarawak, bilangan koperasi telah mencapai 1,097 buah dengan keanggotaan seramai 290,000 orang.

“Oleh itu, kerajaan pada hari ini, berusaha untuk memperkasakan sektor koperasi sebagai sektor ketiga terpenting selepas sektor kerajaan dan swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Kemasyarakatan Koperasi IKMa 2022 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Beliau berkata lagi, koperasi juga perlu membentuk rantaian kerjasama antara anggota terutama anggota usahawan dan koperasi bagi membolehkan koperasi turut menjana pendapatan melalui proses perkongsian teknologi, kepakaran dan sumber.

“Maksudnya, anggota koperasi boleh jadikan koperasi sebagai platform pemasaran produk mereka dengan berkongsi kepakaran sesama anggota.

“Kerjasama ini juga tidak terhad kepada anggota, tetapi juga kerjasama dengan koperasi-koperasi yang lain,” ujarnya.

Selain itu, katanya, sasaran sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM10O bilion menjelang tahun 2030 tidak mustahil mampu dicapai menerusi kerjasama dan pengembelengan koperasi dalam penghasilan produk pertanian.

“Ini dapat memastikan impak kewujudan koperasi di kalangan anggota dan masyarakat sekeliling dapat dirasai,” katanya.

Sementara itu, antara pengisian program adalah ceramah Bicara Ilmu ‘Pemantapan Usahawan Koperasi Dalam Pengeluaran Dan Pemasaran Produk Pertanian’ yang disampaikan oleh Pengurus Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad Mohd Saleh Senon.

Ceramah Memasyarakatkan Koperasi (MasKop) IKMa 2022 pula disampaikan oleh Pegawai Latihan IKMa Zon Sarawak Hamizah Mohd Nadzir, manakala Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Mohamad Jelian Ja’afar menyampaikan ceramah mengenai Bantuan Pembangunan Koperasi.

Oleh NURZILLA MOHAMAD

Continue Reading

Previous: RTM kekal relevan- Abdul Rahman
Next: MOT tingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.