Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sekolah Zon Selatan kumpul hampir 500,000 kilogram bahan kitar semula, catat rekod baharu
  • Selatan
  • WILAYAH

Sekolah Zon Selatan kumpul hampir 500,000 kilogram bahan kitar semula, catat rekod baharu

Utusan Sarawak 5 hours ago
BERUCAP… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Program Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Zon Selatan 2025 yang berlangsung di Pustaka Negeri, hari ini.

PETRA JAYA: Sebanyak 484,792 kilogram bahan kitar semula berjaya dikumpulkan menerusi Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Zon Selatan 2025, sekali gus mencerminkan peningkatan ketara penyertaan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga sekolah di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, jumlah itu merekodkan peningkatan sekitar 43 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus membuktikan perubahan sikap positif khususnya dalam kalangan pelajar terhadap amalan pengurusan sisa secara mampan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Zon Selatan 2025 yang berlangsung di Pustaka Negeri, di sini, hari ini.

GIMIK… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyempurnakan gimik pada Majlis Penyampaian Hadiah Program Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Zon Selatan 2025 di Pustaka Negeri, hari ini.

Menurut beliau, jumlah sekolah yang menyertai pertandingan berkenaan turut meningkat kepada 139 sekolah, berbanding tahun lalu, sekali gus memperlihatkan keberkesanan program tersebut dalam memupuk amalan kitar semula sejak di bangku sekolah.

“Usaha ini bukan sekadar pertandingan, sebaliknya sebahagian daripada pembangunan Sarawak yang menekankan perubahan tingkah laku, kesihatan awam serta kelestarian alam sekitar,” katanya.

Dr Sim turut menegaskan bahawa pendekatan pengurusan sisa kini perlu dilihat melangkaui amalan 3R ‘Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula’ kepada pendekatan lebih menyeluruh termasuk ‘Tujuan Semula, Pembaikan, Pemulihan dan Pemikiran Semula’ selari dengan agenda pembangunan mampan negeri.

TAHNIAH… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Majlis Penyampaian Hadiah Program Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Zon Selatan 2025 di Pustaka Negeri, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat termasuk Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, pihak berkuasa tempatan, guru-guru serta para pelajar atas komitmen menjayakan program berkenaan.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Projek Tebingan Sungai Daro RM35 juta bakal jadi ikon baharu dan tarikan pelancongan
Next: JKR Sarawak serah Projek Taman Kepimpinan (I-Lead), perkukuh fasiliti perkhidmatan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.