Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sekolah Seni Malaysia Sarawak raih kejuaraan di World Cup of Folklore, Itali
  • SEMASA

Sekolah Seni Malaysia Sarawak raih kejuaraan di World Cup of Folklore, Itali

Utusan Sarawak 2 days ago
PELAJAR Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS) yang mengharumkan nama negara pada World Cup of Folklore – Sopravista International Festival edisi ke-22 di Jesolo, Italy dari 23 hingga 26 Mei 2025, berakhir hari ini. Foto Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS)

ITALI: Pelajar Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS) telah mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kategori Folklore Mix Ensemble- Authentic Performances: (vocal, instrumental dan tarian) pada World Cup of Folklore – Sopravista International Festival edisi ke-22 yang bertemakan “Le Spiagge d’Italia” di Jesolo, Italy dari 23 hingga 26 Mei 2025, berakhir hari ini.

Festival antarabangsa ini telah menghimpunkan kumpulan seni persembahan dari seluruh dunia, menjadi platform yang berprestij untuk mempamerkan budaya dan seni Malaysia di peringkat antarabangsa.

Kontinjen Malaysia diketuai Noriakama Rakimu, bersama 15 pelajar dan dua lagi guru, telah membawakan persembahan tradisional dan kontemporari bertajuk Keindahan Borneo yang mengetengahkan keunikan budaya etnik Iban dan Ulu, antara etnik terbesar di Sarawak sehingga berjaya merangkul tempat pertama.

Penyertaan pelajar dalam festival antarabangsa ini mampu meningkatkan keyakinan dan profesionalisme pelajar dalam mempersembahkan karya seni.

Pelajar Mohammad Sharul Aiman Abdullah turut merangkul Anugerah Koreografi Terbaik, membuktikan bakat luar biasa pelajar Sekolah Seni Malaysia Sarawak dalam bidang koreografi dan seni persembahan.

Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Yayasan Sarawak, dan rakan-rakan strategik lain turut memberi sokongan penuh kepada Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS) bagi menjayakan penyertaan kali ini.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pergerakan penumpang naik 13.9 peratus pada April – Malaysia Airports
Next: Abdullah Saidol terima kunjungan hormat Pengarah Filem Tumbukan Emas: Sapok Biki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.