Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sekolah ruang bentuk nilai kasih dan empati – Doris  
  • Tengah
  • WILAYAH

Sekolah ruang bentuk nilai kasih dan empati – Doris  

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie menghadiri Majlis Lambaian Kasih dan Tautan Budi serta Selamat Datang Pegawai Baharu SK Paku, Batu Lintang dekat Bandar Simanggang, semalam. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Sekolah tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pusat pembelajaran, tetapi sebagai ruang penting membina nilai kasih, empati, hormat dan kerjasama dalam kalangan generasi muda.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata majlis seperti yang dianjurkan di sekolah mampu menyemai rasa kebersamaan dan mengekalkan budaya saling menghargai.

“Majlis ini mengingatkan kita bahawa sekolah bukan sekadar tempat belajar, tetapi ruang membina nilai kasih, empati, hormat dan kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Lambaian Kasih dan Tautan Budi serta Selamat Datang Pegawai Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Paku, Batu Lintang di sini semalam.

Doris turut menekankan bahawa rasa syukur dan penghargaan perlu sentiasa hidup dalam diri setiap warga sekolah, termasuk guru, murid dan ibubapa.

Jelasnya, perkembangan anak-anak tidak hanya datang daripada buku, tetapi daripada sokongan penuh kasih guru, ibubapa dan komuniti yang percaya kepada potensi mereka.

Menurut beliau, semua pihak perlu berganding bahu demi kebaikan kanak-kanak, sekolah dan masyarakat, selain berusaha menjauhi serta menangani gejala sosial yang boleh merosakkan akhlak generasi muda.

Doris menambah, SK Paku menampilkan kekuatan komuniti yang jelas apabila setiap murid dihargai, setiap bakat disemai dan setiap usaha diraikan, sekali gus memperlihatkan budaya saling menyokong dan menguatkan.

Beliau berharap hubungan erat antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat akan terus mekar demi melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia, yakin diri dan memiliki impian besar untuk masa depan negara.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: PBSCBK anjur ceramah perkukuh kefahaman generasi muda terhadap warisan Bisaya
Next: Malam terakhir karoling Mukah semarakkan persiapan musim Adven

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.