Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sekolah perlu rancang awal permohonan bantuan
  • Utara
  • WILAYAH

Sekolah perlu rancang awal permohonan bantuan

Utusan Sarawak 8 hours ago
JOHN Sikie berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Dana CSR JTS Bahagian Bintulu di Dewan Kampung Dagang, Tatau, Bintulu hari ini.

BINTULU: Pihak sekolah perlu membuat perancangan awal bagi setiap aktiviti tahunan bagi memudahkan proses permohonan bantuan kewangan daripada wakil rakyat, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu berkata, perancangan yang dibuat lebih awal membolehkan bantuan diagihkan dengan teratur dan mengelak situasi di mana sekolah terlepas peluang menerima sumbangan kerana memohon pada saat akhir.

“Jangan tunggu hingga saat akhir. Bila sudah hujung tahun, bajet biasanya sudah habis kerana kita perlu menyiapkan laporan kewangan dan menghantar kepada Premier untuk kelulusan.

 JOHN Sikie merakam gambar bersama penerima bantuan dan Kakitangan JTS Bahagian Bintulu selepas Majlis Penyerahan Bantuan Dana CSR di Dewan Kampung Dagang, Tatau hari ini.

“Sebab itu saya nasihatkan pihak sekolah dan guru besar supaya merancang awal dari awal tahun.

“Tetapkan aktiviti yang ingin dilaksanakan serta buat peruntukan yang sesuai supaya kita dapat menyalurkan bantuan dengan lebih teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Dana CSR Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu di Dewan Kampung Dagang, Tatau di sini, hari ini.

Menurutnya, dengan perancangan rapi, setiap bantuan yang disalurkan dapat dimanfaatkan secara optimum untuk melaksanakan aktiviti pendidikan serta pembangunan kemudahan di sekolah.

Beliau turut menekankan bahawa perancangan kewangan yang tersusun akan memudahkan urusan pejabat wakil rakyat dalam menguruskan permohonan sumbangan secara lebih cekap dan telus.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Taman Rimba Sebangkoi bakal dibangunkan semula sebagai destinasi ekopelancongan
Next: Program CSR JTS bantu sekolah dan komuniti luar bandar di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.