Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak beroperasi 2023
  • TEMPATAN

Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak beroperasi 2023

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Sekolah antarabangsa pertama milik negeri, yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak dijangka bakal beroperasi pada tahun 2023.

Sekolah yang akan terletak di Batu 12, Jalan Kuching-Serian itu adalah yang pertama bakal dibina daripada keseluruhan lima sekolah antarabangsa milik Kerajaan Sarawak.

Sementara itu, empat lagi sekolah antarabangsa akan dibina masing-masing di Sibu, Miri, Bintulu dan sebuah lagi juga di Kuching yang mana lokasi sebenar belum dimuktamadkan.

Majlis pecah tanah untuk Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak ini akan dilaksanakan pada Selasa, 22 September ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTR), Dato Sri Michael Manyin Jawong (gambar) dalam kenyataan semalam, sekolah tersebut akan mengenal pasti para pelajar yang berpotensi tinggi terutamanya dari kumpulan B40 dan mereka yang berada di luar bandar.

“Ini adalah untuk memberi mereka peluang untuk merealisasikan potensi penuh mereka dengan memberi akses kepada standard pendidikan antarabangsa.

“Sekolah tersebut akan menggunakan Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE), sukatan pelajaran Cambridge.

“Sementara pengambilan pertama akan merangkumi 100 pelajar untuk Tingkatan Satu,” katanya. 

Tambahnya, sekolah tersebut juga akan mempunyai kemudahan asrama, makmal sains, permainan, sukan dan kemudahan sokongan lain.

Continue Reading

Previous: Peruntukan dana RM5 juta untuk belia
Next: Pastikan tepati spesifikasi ditetapkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.