Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SEKOLAH DI ZON MERAH TUTUP
  • TEMPATAN

SEKOLAH DI ZON MERAH TUTUP

Utusan Sarawak 4 years ago
SIDANG MEDIA…Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang media Khas Pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19, semalam.

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk menutup semua sekolah yang berada di zon merah di negeri ini mulai hari ini (20 April 2021)

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan itu dibuat susulan daripada jangkitan Covid-19 di beberapa sekolah.

“Kita nampak ada jangkitan di kawasan sekolah yang mana ia boleh menjangkiti kepada ibu bapa atau ibu bapa yang menjangkiti kepada anak sekolah malah ada juga guru yang membawa jangkitan kepada pelajar.

“Di kawasan yang merah ini, demi kesihatan anak dan juga masyarakat, Kerajaan Sarawak memutuskan untuk menutup sekolah di kawasan merah dalam tempoh 14 hari,” katanya pada sidang media khas pelaksanaan SOP Covid-19, semalam.

Mengulas lanjut, untuk premis perniagaan Kerajaan Sarawak akan membuat pengawasan dalam tempoh dua minggu ini.

“Jika sebelum ini kita membuat kawalan untuk perniagaan sampai pukul 12.00 malam namun untuk kali ini kita tidak akan menutup perniagaan tetapi perniagaan akan berjalan sehingga 10.00 malam sahaja.

“Lebih daripada 10.00 malam tidak dibenarkan lagi, sebab jika negeri dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masalahnya ekonomi negeri akan terjejas.

“Oleh demikian, kita mengambil keputusan untuk membuat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan sasaran,” jelasnya.

Abang Johari turut memberi contoh sekiranya terdapat tempat yang teruk terjejas dengan wabak pademik Covid-19 ini, kerajaan akan melakukan ‘lockdown’ di tempat kawasan itu sahaja.

“Ini adalah kerana negeri Sarawak ini luas dan masih banyak kawasan yang hijau dan kuning.

“Yang menjadi masalah sekarang adalah di kawasan merah sahaja, umpamanya apa yang berlaku dalam satu minggu ini ialah jangkitan di kawasan tertentu yang paling banyak sebelum ini di Depot tahanan Semuja dan kali ini di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Politeknik dan sekolah.

“Jadi kita hendak mengawal supaya tidak merebak dan dalam masa yang sama kita membuka ekonomi kita sehingga 10.00 malam supaya ia tidak menjejaskan sumber pendapatan dan rakyat tidak kehilangan pekerjaan,” katanya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Surat buka premis diserahkan
Next: ‘Jejak, Uji, Kuarantin dan Isolasi’ diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.