Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sekolah dan rumah ibadat di Sarikei terus nikmati manfaat RTP 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Sekolah dan rumah ibadat di Sarikei terus nikmati manfaat RTP 2025

Utusan Sarawak 5 days ago

SAKSI… Kapitan Ling Dien Yong menyajsikan penyerahan tapak projek kepada kontraktor. Foto Pusat Khidmat Repok 

SARIKEI: Beberapa sekolah dan rumah ibadat di sini terus menerima manfaat pembangunan melalui pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025, hasil keprihatinan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Tiong Sii berkata, pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan kemudahan pendidikan dan keagamaan di kawasan luar bandar terus diberi perhatian demi kesejahteraan masyarakat.

“Pembangunan berterusan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas yang lebih baik kepada rakyat di semua peringkat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Lawatan ke tapak projek telah diwakili oleh Kapitan Ling Dien Yong yang menjalankan tinjauan serta menyaksikan penyerahan tapak kepada kontraktor yang dilantik bagi pelaksanaan beberapa projek di kawasan berkenaan, semalam.

TINJAU… Kapitan Ling Dien Yong (tengah) selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong meninjau tapak projek. Foto Pusat Khidmat Repok 

Antara projek yang dilaksanakan termasuk pembinaan bangunan tadika baharu di Gereja BEM (SIB) Bandar Sarikei, Fasa 2.

Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Kwong, kerja yang dijalankan melibatkan penyimenan dan pengecatan lantai dewan serta pemasangan papan pantul bola keranjang.

Manakala di Sekolah Menengah Ming Lik, projek yang dijalankan ialah pembinaan tandas baharu bagi meningkatkan kemudahan pelajar dan guru.

Turut menerima manfaat adalah SJKC Siung Hua iaitu dengan pelaksanaan kerja menaik taraf pagar sekolah.

Bagi SJKC Nam Kiew, kerja yang dijalankan merangkumi pemasangan grill tingkap, pintu aluminium, awning serta aluminium louvers.

Projek di SJKC Hua Kee pula melibatkan kerja menaik taraf atap sekolah bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pelajar.

Sementara itu, SJKC St Martin turut melaksanakan kerja mengecat siling, pendawaian semula serta penggantian pintu dan tingkap.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa ceroboh reban ayam berjaya ditangkap
Next: 303 warga SJKC Wah Man sertai latihan kebakaran anjuran BBP Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.