Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sekolah boleh tutup sementara operasi sekiranya cuaca lebih 37 darjah Celsius – Wong
  • PENDIDIKAN

Sekolah boleh tutup sementara operasi sekiranya cuaca lebih 37 darjah Celsius – Wong

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Menteri Pendidikan Wong Kah Woh menjawab pertanyaan media ketika hadir meninjau Projek Daif Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng hari ini. Foto BERNAMA

IPOH: Pihak pentadbir dibenarkan menutup operasi sekolah sekiranya cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Beliau berkata perkara berkenaan antara garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) sejak 2023 dan boleh diguna pakai sekiranya keadaan cuaca panas dan kering semakin meruncing.

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah mempunyai pengalaman yang mencukupi bagi menangani isu yang kita hadapi sekarang (cuaca panas dan kering).

“Sememangnya kita tahu bahawa hal ini juga menjadi satu cabaran bagi KPM untuk memastikan keselesaan dan juga kesihatan anak-anak,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak Datuk A. Sivanesan serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching.

Wong berkata selain itu, semua aktiviti luar di sekolah juga perlu dihentikan buat sementara waktu sekiranya suhu melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

Beliau berkata antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan ialah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian.

“Pihak KPM telah memberikan pesanan kepada kesemua pentadbir termasuklah pengetua, guru besar serta Pejabat Pendidikan Daerah supaya sentiasa memantau status suhu harian bagi cuaca panas setiap hari di sekolah dan juga daerah masing-masing,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wong berkata SJKT Gopeng bakal berwajah baharu menerusi pembangunan semula bangunan sekolah daif membabitkan peruntukan berjumlah RM14.5 juta, yang dijangka bermula penghujung tahun ini dan mengambil masa selama 22 bulan untuk disiapkan.

Projek berkenaan, katanya melibatkan perobohan blok bangunan daif sedia ada dan pembinaan blok gantian tiga tingkat merangkumi enam bilik darjah, pejabat pentadbiran, bilik guru dan stor sukan.

“Sekolah ini telah berusia 80 tahun dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, didapati blok utama yang menempatkan bilik darjah dan blok pentadbiran sekolah telah terjejas akibat ancaman anai-anai,” katanya sambil berharap projek berkenaan dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir 2028. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia catat keputusan terbaik dalam domain penulisan SEA-PLM 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.