Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak Sibu mula operasi September ini
  • PENDIDIKAN

Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak Sibu mula operasi September ini

Utusan Sarawak 6 days ago
BAKAL BEROPERASI…..Sagah menyaksikan penyerahan kunci YSISS Sibu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn Bhd, Nor-E-Fadzwie Salleh (kiri) kepada Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mohamad Junaidi Mohidin (enam kanan).

SIBU: Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) Sibu bakal memulakan operasinya pada bulan September ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, sekolah tersebut sebenarnya telah memulakan sesi pembelajaran lebih awal tahun ini dengan pelajar ditempatkan sementara di Sekolah Antarabangsa Kuching di Semenggok, Batu 12.

“Bangunan YSISS Sibu telah siap sepenuhnya dan semua kelulusan teknikal, termasuk daripada pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Bomba, telah diperoleh.

“Kita hanya menunggu kelulusan akhir daripada Jabatan Pendidikan. Sekiranya tiada sebarang masalah, pelajar akan berpindah ke kampus baharu pada bulan September,” katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, semua pelajar, guru dan pengetua telahpun ditempatkan dan bersedia untuk memulakan sesi persekolahan secara rasmi di kampus tersebut.

SAGAH…Ketika dibawa melawat sekitar bilik kelas YSISS Sibu.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis penyerahan kunci kampus YSISS Sibu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn Bhd, Nor-E-Fadzwie Salleh kepada Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mohamad Junaidi Mohidin.

Beliau berkata, YSISS menawarkan pembelajaran berasaskan kurikulum antarabangsa dengan peperiksaan utama ialah Sijil Am Antarabangsa Pendidikan Menengah (IGCSE).

“Majoriti mata pelajaran diajar dalam Bahasa Inggeris, manakala Bahasa Melayu dan Sejarah turut ditawarkan untuk melayakkan pelajar menduduki SPM atau STPM, serta membolehkan mereka menyertai perkhidmatan awam di masa hadapan,” jelasnya.

Setiap kelas hanya menempatkan sekitar 25 pelajar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Sekolah itu juga dilengkapi kemudahan moden termasuk makmal sains dan bilik darjah interaktif.

BAKAL BEROPERASI TIDAK LAMA LAGI…..YSISS Sibu bakal memulakan operasinya pada bulan September ini.

Dengan kewujudan YSISS Sibu, kita berharap lebih ramai pelajar berpotensi dari kawasan luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah dapat menikmati akses kepada pendidikan bertaraf antarabangsa,” katanya.

YSISS Sibu merupakan sekolah antarabangsa ketiga di bawah Yayasan Sarawak, selepas kampus di Petra Jaya dan Batu 12, Kuching. Kampus baharu di Betong, Bintulu dan Miri juga sedang dalam perancangan.

Turut hadir pada majlis penyerahan kunci itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee serta tetamu jemputan lain.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi lancar dua karya baharu di UTS
Next: Pertandingan Pidato Spontan kembali, sasar pelajar sekolah menengah di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.