
KOTA SAMARAHAN: Suasana menjelang Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 di bandar Riyal bertambah meriah apabila kawasan membeli-belah utama dibanjiri pengunjung sejak awal pagi.
Tinjauan mendapati keadaan lalu lintas dan parkir agak sesak susulan orang ramai mengambil kesempatan membuat persiapan akhir, termasuk membeli barangan keperluan, hiasan, serta hadiah sempena perayaan.

Situasi sama turut dapat disaksikan di Pasar Tamu bandar Riyal, yang dipenuhi pengunjung pelbagai kaum. Peniaga kelihatan sibuk melayan pelanggan, dengan kebanyakan gerai menawarkan barangan segar, kuih-muih, dan keperluan dapur yang mendapat sambutan hangat.
Selain itu, deretan premis perniagaan di sekitar bandar Riyal dihiasi dengan elemen tradisi sambutan Tahun Baharu Cina, sekali gus menyemarakkan suasana perayaan dan menarik kehadiran orang ramai untuk berkunjung serta merakam kenangan bersama keluarga.

Menjelang hari-hari terakhir sebelum sambutan, kawasan tumpuan membeli-belah dan sekitar Pasar Tamu bandar Riyal dijangka terus sesak dengan aliran pengunjung dan kenderaan yang meningkat.
Oleh Norman B