Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sekitar 40,000 peminat berkumpul untuk konsert kemunculan semula BTS
  • HIBURAN

Sekitar 40,000 peminat berkumpul untuk konsert kemunculan semula BTS

Utusan Sarawak 5 hours ago
KUMPULAN K-pop terkenal BTS kembali menggegarkan pentas dengan persembahan hebat di Dataran Gwanghwamun, Seoul pada semalam, menandakan kemunculan semula mereka selepas hampir empat tahun, disaksikan ribuan peminat dan jutaan penonton di seluruh dunia. Foto AFP

SEOUL: Sekitar 40,000 peminat berkumpul di pusat bandar Seoul semalam untuk menyaksikan kumpulan K-pop BTS kembali ke pentas selepas berehat selama empat tahun, menurut pihak berkuasa, sekali gus mendorong langkah keselamatan ditingkatkan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kumpulan yang terdiri daripada tujuh anggota itu memulakan konsert di Dataran Gwanghwamun pada 8.00 malam, menarik sekitar 40,000 hingga 42,000 peminat ke kawasan berkenaan, menurut polis.

Lokasi itu merangkumi sekitar 22,000 tempat berdiri sahaja yang merentasi dari Dataran Gwanghwamun hingga ke Dewan Bandaraya Seoul. Ramai peminat turut menonton konsert melalui skrin besar yang dipasang pada bangunan berhampiran, manakala yang lain berkumpul di sekitar dataran bagi menyaksikan persembahan itu.

KUMPULAN K-pop BTS kembali bersatu dan menggegarkan pentas di Dataran Gwanghwamun, Seoul pada pada semalam—persembahan pertama selepas hampir empat tahun, disaksikan sekitar 40,000 peminat serta jutaan penonton global melalui siaran langsung. Foto AFP

Langkah keselamatan diperketatkan susulan kehadiran peminat dan pengunjung dari seluruh dunia, dengan kira-kira 15,000 petugas pengurusan keselamatan dikerahkan, termasuk sekitar 6,700 anggota polis.

Kawalan trafik turut dipertingkatkan, dengan akses kenderaan ke jalan utama di dataran itu ditutup sejak Jumaat malam, manakala jalan berhampiran dihadkan dari petang semalam hingga 11.00 malam.

Operasi kereta api bawah tanah turut diselaraskan. Tren tidak berhenti di Stesen Gwanghwamun sejak 2 petang, manakala Stesen City Hall dan Stesen Gyeongbokgung di Laluan 3 tidak berhenti sejak 3.00 petang. Perkhidmatan akan disambung semula selepas 10.00 malam.

Sebagai sebahagian langkah keselamatan, pihak berkuasa mewujudkan zon kawalan orang ramai berpagar selebar 200 meter dan sepanjang 1.2 kilometer yang boleh diakses melalui 31 pintu masuk dilengkapi pengesan logam.

Polis memaklumkan individu tanpa dokumen pengenalan diri boleh diminta memberikan nombor pendaftaran penduduk atau cap jari mereka.

Pihak berkuasa turut memberi tumpuan khusus terhadap kemungkinan ancaman keganasan, dengan tahap amaran keganasan di kawasan itu dinaikkan ke tahap kedua terendah dalam sistem empat peringkat. Unit komando polis akan digerakkan untuk memantau ancaman berkenaan.

PEMINAT memberi reaksi ketika menonton konsert kemunculan semula kumpulan lelaki K-pop BTS di skrin di lokasi acara di Seoul pada semalam. Superstar Korea Selatan BTS kembali bersatu pada 21 Mac untuk persembahan pertama mereka dalam hampir empat tahun, memukau khalayak besar di Seoul dalam sebuah acara K-pop yang turut disiarkan secara langsung kepada jutaan penonton di seluruh dunia. Foto AFP

Polis turut mengehadkan pemulangan senjata api kepada pemilik berlesen pada Sabtu sebagai langkah berjaga-jaga. Korea Selatan mewajibkan semua pemilik senjata api menyimpan senjata mereka di balai polis tempatan.

Perkhidmatan loker kereta api bawah tanah di 17 stesen di seluruh Seoul turut ditutup susulan kebimbangan terhadap ancaman keganasan.- Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Bintang aksi Hollywood Chuck Norris meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.