Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
  • PENDIDIKAN

Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEKATAN ke luar negara PTPTN.
Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.

Beliau berkata tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.

“Hanya peminjam berpendapatan tinggi atau mencukupi yang benar-benar culas dan menepati beberapa kriteria tertentu sahaja akan dikenakan sekatan perjalanan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai langkah kementerian membantu graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap, tetapi disenarai hitam untuk ke luar negara kerana gagal menjelaskan tunggakan PTPTN.

Adam Adli berkata pada masa ini, kira-kira 0.7 peratus daripada keseluruhan peminjam yang culas disenaraikan untuk tindakan sekatan berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata bagi meringankan beban graduan, tempoh penangguhan bayaran balik selama 12 bulan selepas tamat pengajian dikekalkan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan pendapatan stabil terlebih dahulu.

Selain itu, katanya peminjam yang tidak berkemampuan dibenarkan melakukan penstrukturan semula bayaran mengikut kemampuan kewangan sehingga umur 60 tahun.

Adam Adli berkata setakat ini, sejumlah RM77.5 bilion pinjaman dikeluarkan bagi membantu lebih 4.26 juta pelajar di seluruh negara. – Bernama 

Tags: ptptn

Continue Reading

Previous: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
Next: 25 peserta terima sijil Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.