BINTULU: Skim Harga Maksimim Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 melibatkan harga borang dan runcit barangan terkawal bagi Bahagian Bintulu, Tatau dan Sebauh berkuat kuasa 21 April hingga 20 Mei 2021.
Ketua Cawangan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Bintulu, Nazari Hassan berkata, penguatkuasaan itu selaras dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021.
“Ini sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga ba- rangan keperluan semasa bulan Ramadan dan menjelang pe- rayaan Hari Raya Puasa yang akan disambut pada 13 Mei 2021 di seluruh negara.”
“Pelaksanaan ini juga memberikan mesej kepada pengeluar, pemborong dan peruncit bahawa kerajaan mempunyai kuasa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu pada bila-bila masa boleh melaksanakan kawalan harga demi kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan media, di sini semalam.
Menurutnya, selain itu, pelaksanaan Skim ini juga akan memberi kesan kepada lain-lain barangan makanan sedia masak seperti nasi ayam, ayam golek, kuih muih dan lain-lain juadah berbuka puasa yang berasakan ayam, telur ayam dan hasil laut.
“Walaupun perayaan disambut secara sederhana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, permintaan ter- hadap barangan semasa pera-yaan tetap ada dan dijangka akan meningkat berbanding se- masa sebelum Ramadhan dan menjelang perayaan.
“Tempoh kuat kuasa bagi SHMMP Hari Raya Puasa adalah selama 30 hari iaitu selama 22 hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan tujuh hari selepas hari perayaan,” katanya.
Sehubungan itu katanya, Kementerian ini telah mengenal pasti sebanyak 12 jenis barangan bagi pelaksanaan Skim ini.
Jelas beliau, kategori ba- rangan harga terkawal terdiri da- ripada ayam, telur ayam, daging dan hasil laut.
“Senarai barangan dan harga bagi SHMMP Hari Raya Puasa 2021 adalah seperti ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) daging lembu tempatan, “Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga dan 69.9 gram sebiji) telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) 3, telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) “Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram) ikan selayang (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram) ikan aya/tongkol (berat antara seekor hingga dua ekor setiap kilogram),” katanya.
Sementara itu katanya, harga maksimum pengeluar, borong dan runcit yang ditentukan adalah bersesuaian dengan kos semasa dan trend harga semasa.
Tegasnya, sekiranya peniaga dengan sengaja menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah dengan niat untuk membuat keuntungan tinggi yang berlebihan, Kementerian boleh bertindak di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 yang mula berkuat kuasa pada 6 Jun 2018.
Oleh ELLIE EDWARD