Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sekadar seri
  • SUKAN

Sekadar seri

Utusan Sarawak 5 years ago

oznorTO

HALANG… Pertahanan UKM cuba menghalang kemaraan Kapten Sarawak united, Amri Yahya.

SARAWAK United hanya mampu berkongsi satu mata percuma selepas mencatatkan keputusa seri ketika menerima kunjungan UKM FC dalam saingan Liga Premier di Stadium Negeri Petrajaya, Jumaat lepas.

Kesebelasan utama Skuad Ngap Sayot yang dikemudi oleh Amri Yahya nyata tidak mampu untuk mengutip tiga mata penuh meskipun berkelebihan bermain di halaman sendiri.

Bermain tanpa kehadiran penonton, kedua-dua pasukan jelas kurang bersemangat selain menampilkan rentak permainan sedikit longlai dengan beberapa percubaan yang gagal disudahkan.

 Separuh masa kedua, UKM kelihatan lebih garang merangka serangan dengan melancarkan beberapa percubaan berbahaya di kotak penalti Sarawak.

Jentera serangan UKM sering berjaya menembusi kubu pertahanan Sarawak namun penjaga gawang, Shaiful Wazizi Mohammad lebih kemas mengawal ketat gawang daripada dibolosi.

Sarawak turut menggandakan asakan dengan melancarkan beberapa percubaan berani pada minit akhir perlawanan, namun dengan mudah dipatahkan benteng pertahanan lawan.

Shaiful sekali lagi bertindak cemerlang apabila menidakkan rembatan kencang jarak dekat pemain gantian UKM, Muhammad Badrul Amin Hamid pada minit ke-85.

Peluang keemasan Sarawak untuk memperoleh gol tunggal perlawanan muncul pada minit ke-87 menerusi pemain tengah Mohammad Alif Hassan, namun percubaannya tersasar daripada sasaran

Pemain gantian, Muhammad Adam Shreen Tambi pula hampir menjadi wira Sarawak bagaimanapun rembatan kencang dari sudut kanan kotak panalti pada minit ke-89 hanya terkena palang.

Kapten pasukan Sarawak Amri Yahya turut buntu untuk mencipta gol apabila beberapa siri percubaannya pada masa tambahan ditampan kemas penjaga gawang UKM, Remezey Chek Ros.

Keputusan akhir perlawanan ini berkesudahan seri, Sarawak United 0 UKM FC 0.

Continue Reading

Previous: Yates kekalkan penguasaan jersi kuning
Next: CONMEBOL salur dana hidupkan semula Copa Libertadores

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.