Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sejuta penduduk Malaysia hadapi tekanan mental — Dr Veronica
  • KESIHATAN

Sejuta penduduk Malaysia hadapi tekanan mental — Dr Veronica

Utusan Sarawak 2 days ago
JELASKAN… Dr Veronica Lugah berucap pada majlis pelancaran Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia (WoPAD) Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Mydin Vista Tunku, di sini, hari ini.

PETRA JAYA: Kira-kira sejuta penduduk di negara ini dikenal pasti berdepan masalah tekanan dan kemurungan berdasarkan dapatan terkini Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding 2019 apabila hanya 4.6 peratus populasi dilaporkan mengalami masalah kemurungan.

RAKAM KENANGAN… Datuk Wee Hong Seng dan Dr Veronica Lugah serta tetamu kehormat yang lain bergambar bersama peserta Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia (WoPAD) Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Mydin Vista Tunku, di sini, hari ini.

“Masalah kesihatan mental kini menjadi antara isu utama yang kita beri perhatian. Kajian NHMS mendapati kadar ini meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia (WoPAD) Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Mydin Vista Tunku, di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi membantu individu yang berdepan tekanan atau kemurungan, KKM menyediakan talian bantuan khas 15555 untuk mendapatkan khidmat sokongan dan kaunseling segera.

“Talian ini disediakan bagi mereka yang mungkin tidak tahu kepada siapa mahu meluahkan perasaan atau berkongsi masalah.

“Ia boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi,” ujarnya.

Dr Veronica menegaskan kesejahteraan mental sama penting dengan kesihatan fizikal dalam memastikan rakyat kekal sihat, produktif dan sejahtera.

“Kesihatan bukan sekadar ketiadaan penyakit, tetapi meliputi keupayaan menikmati kehidupan dengan penuh tenaga dan kesejahteraan termasuk dari segi mental dan emosi,” katanya.

Sepanjang dua hari penganjuran BMSS dan WoPAD, pelbagai aktiviti berasaskan ilmu dan kemahiran kesihatan diadakan, melibatkan penyertaan masyarakat daripada semua peringkat umur.

Antaranya termasuk Pertandingan Bakat Miak Kuching, 3R Runway, Aerobik Maraton dan Pertandingan Mewarna Warga Veteran, di samping ceramah santai, kuiz kesihatan serta reruai pameran interaktif yang menawarkan saringan kesihatan percuma kepada pengunjung.

Turut menarik perhatian ialah persembahan silat oleh Kelab Silat Sang Elang yang menampilkan 25 pesilat dengan demonstrasi senjata dan aksi sparring bersama penonton, menggambarkan bahawa silat juga merupakan bentuk senaman baik untuk kesihatan fizikal dan mental.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Wanita digesa beranikan diri jalani pemeriksaan mamogram – Rosey
Next: Saintis Australia jumpa biopenanda baharu bantu rawat kanser ovari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.