Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sejambak Kasih terus santuni golongan kurang berkemampuan musim perayaan
  • Utara
  • WILAYAH

Sejambak Kasih terus santuni golongan kurang berkemampuan musim perayaan

Utusan Sarawak 4 weeks ago
 DATO Sri Fatimah Abdullah menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Sejambak Kasih TBC 2026 di Bintulu.

BINTULU: Inisiatif Sejambak Kasih terus menjadi medium penting kerajaan Sarawak dalam menyantuni golongan memerlukan, khususnya ketika menyambut musim perayaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kejayaan pelaksanaan program itu didorong oleh kerjasama erat antara kerajaan negeri, badan korporat dan masyarakat setempat.

Menurut beliau, penglibatan sektor swasta membantu memperkukuh penyampaian bantuan, sekali gus memastikan keperluan asas penerima dapat dipenuhi.

“Kerjasama ini membolehkan bantuan disalurkan secara lebih menyeluruh dan berkesan kepada golongan yang memerlukan, terutama ketika musim perayaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina (TBC) Bahagian Bintulu 2026 di sebuah hotel di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, Fatimah menjelaskan bahawa pendekatan bersepadu antara kerajaan, sektor korporat dan komuniti amat penting dalam membina sistem sokongan sosial yang kukuh dan mampan.

Katanya, usaha berterusan tersebut selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan.

“Program seperti ini mencerminkan semangat kebersamaan masyarakat Sarawak dalam membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya.

DATO Sri Fatimah Abdullah berucap pada Majlis Sejambak Kasih TBC Bahagian Bintulu 2026..

Tambah beliau, Sejambak Kasih bukan sahaja meringankan beban kewangan penerima, malah menyemai nilai keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.

Difahamkan, daripada keseluruhan 3,423 penerima bantuan bulanan di Bahagian Bintulu, seramai 262 individu terdiri daripada penerima menyambut TBC manakala 100 individu dipilih menerima sumbangan pada majlis berkenaan.

Pada majlis tersebut, penerima menerima wang tunai RM100 serta hamper makanan hasil sumbangan Petronas.

Fatimah berharap agar lebih banyak pihak tampil menyokong program kebajikan pada masa hadapan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak perkasa kesedaran melalui Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya
Next: Wanita DUN Bukit Saban diperkasa menerusi Kursus Pembuatan Mi Kuning

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.