Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sejambak Kasih Ramadan: ADUN Kota Sentosa dengan sokongan Farley Mall santuni 58 penerima
  • Selatan
  • WILAYAH

Sejambak Kasih Ramadan: ADUN Kota Sentosa dengan sokongan Farley Mall santuni 58 penerima

Utusan Sarawak 2 days ago
WILFRED Yap Yau Sin, berucap pada Program Pengagihan Bakul Makanan ‘Sejambak Kasih YB’ sempena Ramadan, di Farley Kuching, hari ini.

KUCHING: Seramai 58 penerima dari sekitar bandar raya ini dan Samarahan menerima sumbangan bakul makanan menerusi Program Pengagihan Bakul Makanan ‘Sejambak Kasih YB’ sempena Ramadan yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN N.12 Kota Sentosa dengan kerjasama Farley Mall.

Menurut ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, program berkenaan merupakan salah satu usaha pihaknya untuk membantu keluarga yang memerlukan agar dapat menjalani Ramadan dengan lebih tenang dan bermakna.

“Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan, kesabaran dan keinsafan yang mengingatkan kita tentang nilai kasih sayang serta semangat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

SIMBOLIK pengagihan bakul makanan ‘Sejambak Kasih YB’ sempena Ramadan, di Farley Kuching, hari ini.

“Melalui program ‘Sejambak Kasih YB’, pihak Pusat Khidmat ADUN Kota Sentosa berusaha menyampaikan bantuan kepada keluarga yang memerlukan supaya mereka dapat menjalani Ramadan dengan sedikit kelegaan bersama keluarga.

“Walaupun sumbangan ini mungkin tidak besar nilainya, namun ia datang daripada hati yang ikhlas dan semangat kebersamaan masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pengagihan Bakul Makanan ‘Sejambak Kasih YB’ sempena Ramadan, di Farley Kuching, hari ini.

Tambah beliau, semangat saling membantu antara masyarakat menjadi kekuatan utama dalam memastikan keharmonian dan perpaduan terus terpelihara di kawasan Kota Sentosa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan, pemimpin masyarakat serta pihak yang telah menyumbang dan bekerjasama bagi menjayakan program berkenaan.

WILFRED Yap Yau Sin menyantuni tetamu yang hadir pada Program Pengagihan Bakul Makanan ‘Sejambak Kasih YB’ sempena Ramadan, di Farley Kuching, hari ini.

“Sebagai wakil rakyat bagi kawasan Kota Sentosa, komitmen saya adalah untuk terus mendekati rakyat dan memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian tanpa mengira kaum atau latar belakang,” ujarnya.

Untuk rekod, antara penerima sumbangan terdiri daripada penduduk Kampung Stutong Baru Melayu dan Kampung Batu Perak yang berada dalam kawasan DUN Kota Sentosa di bawah seliaan, Wilfred Yap Yau Sin.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Harry Jinep gesa ibu bapa main peranan tangani masalah dadah di Bau
Next: Program 3R pupuk minat remaja dekati masjid sepanjang Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.